Saturday, January 5, 2013

Sambutan Krismas Di Kampung Batu 6, Lumadan, Beaufort.

 IKHLAS…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas yang menyambut krismas di majlis tersebut.
 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada Felix Tungin Pengerusi gereja Katolik St. Micheal’s Lumadan

BEAUFORT: Rakyat wajar bersyukur kerana memiliki pemerintahaan daripada kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan mereka hidup dengan harmoni dan menikmati kemakmuran serta kesejahteraan.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan rakyat menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran.
            "Apa yang dilakukan oleh BN adalah hanya untuk rakyat yang pelbagai kaum dan buknnya untuk kepentingan diri atau individu tertentu," katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal yang menyambut perayaan Krismas di Gereja Katolik  St Micheal’s  Lumadan dekat sini kelmarin.
            Menurutnya Kerajaan BN juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan sentiasa memastikan perpaduan serta persefahaman rakyat tidak akan tergugat.
            Beliau berkata rakyat tidak akan menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran sekiranya mereka memilih untuk menyokong pembangkang.
            "Pembangkang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kepentingan individu tertentu yang mahukan kuasa, mereka bukan berjuang untuk rakyat," katanya dan menambah rakyat boleh melihat apa yang diperjuangkan oleh pembangkang dengan begitu jelas.
            Katanya rakyat boleh berfikir sendiri mengapa pembangkang sanggup mempergunakan isu agama dan mengapi-apikannya kepada rakyat.
            Menurutnya isu itu dipergunakan untuk mencetuskan perbalahan di kalangan rakyat "dan jika perbalahan rakyat berlaku tentu sekali perpaduan dan persefahaman rakyat pelbagai kaum akan lenyap."
            "Apabila perpaduan dan persefahaman itu lenyap, maka rakyat tidak akan lagi dapat menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian...rakyat pasti akan menjalani kehidupan dalam sebuah negara yang huru-hara," katanya lagi.
            Sehubungan dengan itu Sapawi berharap agar rakyat tidak akan terpengaruh dengan pembohongan dan fitnah yang disebarluaskan oleh pembangkang ketika ini.
            Katanya rakyat juga jangan membuat mengikut emosi sebaliknya membuat keputusan menerusi penilaian dan penelitian.
            "Rakyat harus sedar apa yang diputuskan ketika ini kesannya akan turut dirasai oleh generasi akan datang...buatlah keputusan yang terbaik dengan mengekalkan sokongan kepada BN dan jangan buat keputusan yang akan menimbulkan kekesalan," katanya lagi.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujiarto, Ketua Anak Negeri Lumadan Jalip Sabli, Pengerusi JKKK Kg. Batu 6 Lumadan Sarun Dambun dan Ketua Kampung Batu 6 Salleh Katim

Share |