Thursday, January 3, 2013

Program Belia Sempena Ambang 2013 Sipitang.

 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Latip menyampaikan piala kepada Lo Yee Kow pemenang ‘Auto Show’ di majlis tersebut.
  TEGAP…Sapawi menyampaikan hadiah kepada juara bina badan tertutup parlimen Sipitang sempena majlis tersebut.
 JOHAN…Sapawi menyampaikan hadiah kepada pengurus pasukan Kingfisher Park daripada Kota Kinabalu yang muncul johan pertandingan bola keranjang Sipitang.
 JUARA…Sapawi menymapikan hadiah kepada  KPI Nasimpungan A juara kejohanan bola sepak 9 sebelah tertutup piala Ahli parlimen Sipitang di majlis tersebut.
  SASA…Sapawi merakamkan kenangan bersama pasukan Perkasa Team daripada Sipitang  yang muncul juara pada pertandingan tarik tali tertutup peringkat parlimen Sipitang.

SIPITANG: Kehadiran dan penglibatan golongan belia pada program Ambang 2013 Sipitang ternyata mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
            Sapawi menyifatkan kehadiran dan penglibatan golongan belia itu membuktikan bahawa golongan itu bukan golongan yang boleh dikelirukan dan dipergunakan seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang.
            "Ini membuktikan bahawa golongan belia ketika ini adalh golongan yang turut memikirkan masa depan yang bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga masa generasi akan datang dan negara," katanya ketika ditemui pada sambutan ambang 2013 Sipitang di sini kelmarin.
            Sambil melahirkan rasa bangga dengan kehadiran dan penglibatan golongan belia, Sapawi memberitahu kehadiran dan penglibatan itu juga merupakan isyarat bahawa golongan belia adalah aset penting yang perlu terus diberikan sokongan.
            Katanya jika ruang serta peluang diberikan kepada golongan itu, sudah tentu golongan tersebut dapat memperlihatkan sesuatu yang terbaik.
            "Sememangnya inilah yang kita harapkan dan ternyata mereka membuktikannya dengan penuh bijaksana...secara peribadi saya bangga dengan penglibatan golongan belia dalam menjayakan pelbagai program yang dianjurkan," katanya lagi.
            Antara acara pada program yang mendapat sokongan golongan belia termasuklah bola keranjang, tarik tali, bola tampar, bina badan dan sebagainya selain gasing yang merupakan trade mark kepada daerah Sipitang.
            Selain itu golongan belia juga berani menegaskan sokongan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya menghadirkan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum.
            Dalam pada itu Sapawi juga melahirkan penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang tampil membantu selain parti komponen BN, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan sehingga program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
            "Kita berharap sokongan dan kerjasama ini bukan bersifat sementeara tetapi ianya berpanjangan dari masa ke semasa," katanya lagi.

a
Share |