Wednesday, January 2, 2013

Ambang 2013 Sipitang

  CERIA…Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat bersama tetamu khas dan orang ramai sedang menyaksikan persembahan di malam tersebut.
 MESRA…Penyanyi jemputan Clarise John Matha sedang ditemuramah oleh pengacara daripada artis Pentrama di malam tersebut.
 MERDU…Juara Bintang P.Ramlee 2012 Fairuz Misran dan Azeini Abang Ismail sedang membuat persembahan di malam tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Latip menyampaikan hadiah kepada Sufri Gani dan Ellya Farhana Saini yang muncul johan bagi kategori duet Idola Sipitang ambang 2013.
BERTENAGA…Persembahan artis yang berasal daripada Sipitang Nadia Ali turut menjadi tumpuan hadirin di malam tersebut.

SIPITANG: Jadikan tahun baru sebagai tahun yang akan mengekalkan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati ketika ini.
            Saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada sambutan ambang tahun baru di padang pekan sini kelmarin.
            Beliau berkata selain terus memantapkan serta mengeratkan lagi persefahaman serta perpaduan, rakyat juga perlu terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional.
            Katanya hanya BN sahaja yang berupaya memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati oleh rakyat.
            “Jadilah rakyat yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berfikir dengan bijaksana dan terus kekal serta sentiasa memberikan sokongan padu kepada BN.
            “Hanya BN sahaja akan dapat memastikan rakyat menikmati apa yang telah dinikmati ketika ini,” katanya lagi.
            Menurutnya rakyat tidak harus menjadikan tahun baru sebagai tahun yang bakal membawa masa depan yang gelap kepada generasi akan datang sebaliknya menjadikannya sebagai tahun yang penuh dengan kecemerlangan dan juga kegemilangan.
            Katanya rakyat perlu sentiasa berwaspada daripada dipengaruhi dan dipergunakan oleh pembangkang yang hanya tahun menabur fitnah dan juga pembohongan.
            “Jadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan lebih gemilang berbanding dengan apa yang dicapai ketika ini dan rakyat perlu tahu BN akan sentiasa terus berjuang untuk rakyat,” katanya dan menambah persefahaman dan perpaduan rakyat akan terus dipertingkatkan.
            Menurutnya hanya BN sahaja yang sentiasa berusaha memastikan persefahaman dan perpaduan rakyat terus kukuh dan berterusan.
            Katanya persefahaman dan perpaduan yang dibina akan membolehkan rakyat menikmati apa yang dinikmati ketika ini.
            “BN tidak akan bertindak untuk menghancurkan perpaduan dan persefahaman rakyat dan inilah yang membezakan BN dengan pembangkang.
            “Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang tidak pernah kisah atau peduli tentang persefahaman dan juga perpaduan sebaliknya sentiasa mahu rakyat berpecah belah,” katanya lagi.
            Dalam pada itu Sapawi melahirkan rasa bangga dengan semangat persefahaman dan perpaduan yang diperlihatkan oleh rakyat Sipitang.
            Katanya semangat itu turut disertakan dengan sokongan kepada BN untuk terus merencanakan pembangunan dan kemajuan Sipitang.
            “Sikap dan semangat inilah yang membanggakan kerana rakyat tahu bahawa pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan adalah untuk kepentingan rakyat sendiri,” katanya lagi.
            Pada majlis yang dihadiri lebih 10 ribu orang itu Sapawi turut berharap tahun baru akan menjadikan Sipitang terus maju dan membangun  serta gemilang“dan nikmatinya dirasai oleh seluruh rakyat Sabah.

a

Share |