INTIM…Sapawi bersalaman
dengan sebahagian para belia Kampung Lago di majlis tersebut.
JOHAN…Sapawi
menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan karaoke di majlis tersebut.
MERIA…Sebahagian
penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
TAHNIAH…Sapawi
menymapaikan hadiah kepada wakil pasukan terbaik di majlis tersebut.
BERTUAH…Sapawi
menyampaikan hadiah utama cabutan pengunjung bertuah kepada Anuar Mat Sarudin
di majlis tersebut.
BEAUFORT: Pamer dan perlihatkan
kebijaksanaan yang dimiliki dengan menolak daripada dipergunakan, dikelirukan
dan diperalatkan.
Nasihat
itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada golongan
belia ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw dan sambutan Tahun Baru 2013
Kampung Lago dekat sini kelmarin.
Hadir
sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Pegawai
Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pemaju Mukim Lumadan Billeh Untol,
Pengerusi Penganjur Maslan Atik, dan
Ketua PBS Lumdan Roslan Muharam.
Sapawi memberitahu golongan belia perlu memperlihatkan
kebijaksanaan yang dimiliki dengan menjadikan diri mereka sebagai golongan yang
bukan mudah untuk diperdaya dan dipengaruhi.
Menurutnya kebijaksanaan itu boleh diperlihatkan dengan
cara berfikir, membuat penilaian dan penelitian sebelum menerima ajakan pihak
tertentu bagi melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan masa depan sendiri.
"Bijaklah berfikir dan membuat keputusan kerana
golongan belia ketika ini menjadi sasaran pihak pembangkang bagi menjadi
barisan hadapan menentang kerajaan menerusi demontrasi," katanya dan
menambah apa yang dilakukan oleh golongan belia itu sebenarnya hanya untuk
memenuhi keinginan dan kehendak pemimpin tertentu pembangkang.
Beliau memberitahu golongan belia yang menjadi sasaran
itu termasuklah golongan pelajar "kerana pembangkang beranggapan bahawa
golongan ini adalah golongan yang mudah untuk dipergunakan, dikelirukankan dan
diperalatkan."
Katanya golongan belia termasuklah pelajar boleh membuat
penilaian dan penelitian terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan
Barisan Nasional.
"Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan pembangunan
dan kemajuan golongan belia sama ada daripada aspek sukan, sosial dan juga
pendidikan.
"Malah Kerajaan BN juga tidak bersikap
mempergunakan, mengelirukan dan memperalatkan golongan belia sebaliknya
kerajaan sentiasa berusaha membantu menggilap bakat serta kemahiran yang
dimiliki," katanya dan menambah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu
merangkumi seluruh golongan belia sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
Bagi Kerajaan BN, katanya, golongan belia negara ini
adalah golongan yang perlu dibantu agar golongan ini dapat mempamerkan serta
memperlihatkan kebijaksanaan yang mereka miliki.
Menurutnya pembangkang tidak pernah mahu memikirkan
tentang masa depan golongan belia selain hanya memikirkan untuk mempergunakan,
mengelirukankan dan memperalatkan golongan itu.
"Hakikatnya pembangkang melihat golongan belia
adalah golongan tidak memiliki apa-apa dan ianya berbeza dengan Kerajaan BN
yang meletakkan golongan belia sebagai aset penting," katanya lagi.