SOKONGAN…Sebahagian
ibubapa dan pelajar yang menghadiri majlis tersebut.
CERIA…Sapawi
dan Kamarlin bersalaman dengan ibubapa dan pelajar sekolah yang menghadiri
majlis tersebut.
SERAH…Sapawi
diperhtaikan oleh Kamarlin menyampaikan bantuan khas awal persekolah kepada
wakil guru S.K Lubok, Weston di majlis tersebut.
BANTUAN…Sapawi
bersama Kamarlin diperhatikan oleh Ali menyampaikan bantuan khas awal
persekolahan RM100 kepada salah seorang murid di majlis tersebut.
JADILAH RAKYAT BIJAKSANA: SAPAWI
WESTON: Rakyat yang
bijak tidak akan menukar Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan
menggadaikan masa depan untuk menyokong pembangkang.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata apa
yang dinikmati oleh rakyat ketika ini adalah hasil usaha yang diperjuangkan
oleh BN.
"BN menunaikan mandar yang diberikan oleh rakyat dan
menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah bantuan kepada rakyat tanpa mengira
anutan agama dan kaum," katanya di sini.
Sapawi berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan
khas awal persekolahan RM100 kepada 500 pelajar Sekolah Menengah Weston dan
Sekolah Kebangsaan Weston kelmarin.
Katanya bantuan yang diberikan oleh BN adalah menyeluruh
di mana rakyat dapat menikmatinya.
Untuk pelajar, katanya, bukan hanya RM100 tetapi BN juga
menyediakan bantuan baucer buku, kad disakun dan bantuan tersebut membuktikan
bahawa BN mengotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
Menurutnya bantuan tersebut juga memperlihatkan kepada
rakyat bahawa BN turut mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan.
"BN tidak bercakap kosong dan rakyat tahu apa yang
telah dilakukan oleh BN...kita tidak mempergunakan pelajar atau generasi muda
untuk kepentingan peribadi.
"Tetapi berbeza dengan pembangkang yang bukan sahaja
menghasut dan melontarkan pelbagai macam pembohongan tetapi turut memperalatkan
pelajar serta generasi muda," katanya.
Beliau memberitahu BN menunaikan mandat rakyat dengan
amanah di mana kepentingan serta keperluan rakyat menjadi keutamaan.
Katanya BN juga sentiasa berusaha untuk membantu rakyat
dengan mengatasi masalah yang mereka hadapi dan tidak membiarkan masalah itu
berpanjangan.
"Rakyat tidak perlu gusar kerana memang ada masalah
yang masih belum dapat diatasi tetapi BN tidak akan membiarkan masalah itu
berpanjangan," katanya.
Sebagai contoh, katanya, jalan aspal daripada Beaufort ke
Weston adalah bukti terbaik kepada rakyat untuk menilai apa yang dikotakan oleh
BN.
Menurutnya jalan tersebut suatu masa dahulu adalah jalan
gravel "tetapi dinaiktaraf oleh BN dengan mengaspalkannya dan nikmatnya
dirasai oleh rakyat.
Beliau berkata bukan itu sahaja, Weston juga telah mula
mengalami perubahan di mana pelbagai masalah telah dapat diselesaikan.
"Inilah bukti bahawa BN tidak pernah mengabaikan
masalah yang dihadapi oleh rakyat...semua akan diatasi," katanya lagi.
Hadir
sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Wakil
Pegawai Pendidikan Beaufort Ali Baba, Pengetua SMK Weston Abdul Samat Jumat dan
Guru Besar SK Weston Matusin Matali