"Ekonomi Sabah terus membugar di bawah lindungan pimpinan Kerajaan Pusat. Ia terhasil kerana wujudnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, tidak seperti negeri-negeri yang dikuasai pembangkang di Semenanjung.
Monday, January 14, 2013
Bicara Rakyat
BICARA RAKYAT…Sapawi
bersama Azizah dan Madius sedang ditembual oleh pengantara Syed Munawar dalam
program RTM Bicara Rakyat.
MINAT…Sebahagian hadirin
yang menghadiri program tersebut.
DIHARGAI…Sapawi
diperhatikan oleh Azizah dan Madius menerima cenderakenangan daripada Pengarah
JASA Sabah Manap Lakariba di majlis tersebut.
CERIA…Adun Lumadan Datuk
Kamarlin Ombi dan Adun Kuala Penyu John Teo bersama pegawai-pegawai kerajaan
yang menghadiri majlis tersebut.
KUALA PENYU: Kehadiran
Umno di Sabah membawa era baru kepada negeri ini dari segi politik, ekonomi dan
pembangunan.
Ketua Penerangan Umno
Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata menerusi Umno yang menunjangi kerajaan Barisan
Nasional (BN), politik menjadi stabil, kukuh dan mantap.
"Manakala ekonomi
membugar subur dan pembangunan berkembang pesat yang memakmurkan rakyat
keseluruhannya," katanya dalam program Bicara Rakyat dengan tajuk Sabah:
Apa Rakyat Dapat? menerusi rakaman RTM di sini kelmarin.
Selain Sapawi, rancangan
yang dikendalikan pengacara Syed Munawar itu turut disertai Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun dan Setiausaha Agung UPKO
Sabah Datuk Madius Tangau.
Ketika menghurai lanjut,
Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata kestabilan politik dirasai
selepas Umno mengembangkan sayap ke Sabah pada 1991 apabila putaran politik
`pendulum' iaitu putaran kerajaan setiap dua penggal atau sekitar 10 tahun
telah berakhir.
Sebelum kedatangan Umno,
katanya, pebagai peristiwa politik berlaku dan menjejaskan kestabilan dan
keharmonian.
"Dahulu selera
politik kebanyakan orang tidak bersandarkan kepada ideologi, fahaman dan
perjuangan. Mereka lebih kepada citarasa, sebab itu mereka mudah menukar
pemimpin macam menukar baju, memilih kerajaan macam memilih baju,"
katanya.
Ini, katanya,
menyebabkan rakyat terhimpit dan terjerumus dalam kancah politik sempit
kesukuan, perkauman dan kenegerian, yang sebenarnya tidak menguntungkan dalam sebuah
negara bangsa merdeka di bawah bumbung Kerajaan Persekutuan.
"Tapi
alhamdullilah, semenjak Umno bertapak dan menunjangi kerajaan BN pada tahun
1991, cahaya ketenangan dan keamanan mulai bersinar.
"Umno dan BN
berjaya memperkenalkan politik pembangunan, kesederhanaan, kesamarataan dan
kesaksamaan, berpaksi prinsip perkongsian kuasa dan amalan setiakawan yang
menjadi teras gagasan BN ini.
"Inilah rahmat
diperolehi rakyat dan negeri Sabah, inilah yang kita dapat daripada berpayung
di bawah bumbung pemerintahan berkerajaan Persekutuan.
"UMNO dan BN
menjambatani (menjadi jambatan penghubung) politik nasional merentasi Laut
China Selatan," katanya.
Dari segi ekonomi,
Sapawi berkata ekonomi Sabah tumbuh segar kerana adanya Halatuju Kemajuan dan
Pembangunan Negeri yang dirangka kerajaan.
Menurutnya, perbezaan
Sabah dengan negeri-negeri lain, kita mempunyai koridor pembangunan sendiri,
iaitu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang berfokus mengikut wilayah/potensi di
sesebuah kawasan.
Beliau juga berkata
unjuran Miti turut meletakkan Sabah sebagai negeri kedua tertinggi berjaya
menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"Ekonomi Sabah terus membugar di bawah lindungan pimpinan Kerajaan Pusat. Ia terhasil kerana wujudnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, tidak seperti negeri-negeri yang dikuasai pembangkang di Semenanjung.
"Ekonomi Sabah terus membugar di bawah lindungan pimpinan Kerajaan Pusat. Ia terhasil kerana wujudnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, tidak seperti negeri-negeri yang dikuasai pembangkang di Semenanjung.
"Kalau wujud
hubungan erat antara KK dan KL, maka penyaluran peruntukan untuk pembangunan
akan dapat dipermudahkan lagi," katanya.
Manakala dari segi
pembangunan, Sapawi menghuraikan ia cukup jelas dapat dilihat, paling ketara
penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau juga brkata paqda
tahun ini (2013) Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM2.98 bilion bagi
melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah.
Peruntukan itu termasuk
bagi melaksanakan projek meningkatkan bekalan elektrik sejumlah RM400 juta,
projek bekalan air bersih RM150 juta dan RM31.3 juta bagi pembinaan jalan
perhubungan desa.
Projek Agropolitan Kota
Belud-Pitas juga akan dibangunkan dengan peruntukan RM66 juta selain projek
perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan sebanyak RM65 juta.
Projek lain termasuk
pembinaan Loji Air di Semporna (RM30 juta), Kolej Komuniti Tambunan dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek
kesihatan.
Sapawi turut mengulas
mengenai manfaat timbal-balas royalti minyak yang dinikmati negeri Sabah.
Katanya, cadangan dan
janji pembangkang menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus
jika dapat membentuk kerajaan tidak relevan.
Ini memandangkan Sabah
menerima peruntukan lebih besar daripada Kerajaan Pusat untuk pembangunan.
"Sabah menerima
peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan
tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion
sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion,
selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan
Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah,"
katanya.
Ends