Monday, December 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Krismas Khususnya Kepada Mereka Yang Beragama Kristian Di Parlimen P.178 Sipitang.

SIPITANG: Rakyat disaran agar terus memastikan keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati dapat dikekalkan dan berpanjangan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat juga perlu bersyukur kerana dapat meraikan perayaan keagamaan masing-masing dengan selesa dan tanpa sebarang kebimbangan.
“Kekalkan apa yang kita nikmati ketika ini dengan memastikan persefahaman dan perpaduan kaum dipermantapkan,” katanya di sini kelmarin.
Sapawi mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Krismas kepada mereka yang beragama Kristian.
Beliau memberitahu perayaan tersebut akan turut diraikan oleh mereka yang bukan beragama Kristian “dan inilah imej kita sebagai rakyat Malaysia di mana perpaduan dan persefahaman kaum sememangngnya mantap.”
Menurutnya sambutan perayaan itu memperlihatkan jitunya persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
Katanya nikmat itu bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi juga perlu dipermantapkan dan dikembangkan dari masa ke semasa.
“Uniknya kita sebagai rakyat Malaysia, ialah semua kaum meraikan perayaan tersebut dan keunikkan ini merupakan keistimewaan yang kita perolehi dan ianya perlu dikekalkan,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu Sapawi berharap agar rakyat terus mengekalkan Barisan Nasional (BN) bagi terus menerajui kerajaan.
Katanya BN akan memastikan ksejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat akan kekal berterusan dan berpanjangan.


Share |