Tuesday, December 25, 2012

Program Angensi Bersama Rakyat Anjuran KEMAS Sipitang.

 MESRA…Sapawi bersalaman dengan penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
 KAUNTER KESIHATAN…Sebahagian orang ramai yang mengambil peluang memeriksa tahap kesihatan diri di majlis tersebut.
  SOKONGAN…Sebahagian orang ramai yang hadir di majlis tersebut.
  SUMBANGAN…Sapawi dan Ahmad telah menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil gereja sempena Krismas di majlis tersebut.


 IHKLAS…Sapawi dan Ahmad menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggul di majlis tersebut.

SIPITANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dan tidak akan menzalimi serta menindas rakyat.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih.
            “Dakwaan yang mengatakan bahawa Kerajaan BN zalim dan menindas rakyat adalah pembohongan yang nyata dan ia dibuat kerana mahu mengalihkan sokongan rakyat,” katanya pada majlis perasmian penutupan program agensi bersama rakyat di dewan Kampung Melaman dekat sini kelmarin.
            Majlis anjuran Jabtan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sipitang turut dihadiri oleh Adun Lumadan Ahmad Bujang, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Matlin Dullah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Penyelia Kemas Sipitang Aminah Ghafar.
            Sapawi memberitahu kerajaan menerusi jabatan dan agensinya sentiasa memastikan rakyat terus menikmati keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan.
            Katanya seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit menikmati apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN.
            Sambil mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada mereka yang beragama kristian, Sapawi memberitahu program agensi bersama rakyat memberikan ruang serta peluang kepada rakyat untuk mengetahui peranan, tanggungjawab serta apa yang telah dilakukan oleh agensi kerajaan.
            Menurutnya program itu amat bermanfaat kerana ia membolehkan rakyat mengetahui fungsi sebenar agensi kerajaan.
            “Kita berharap program seumpama ini akan terus dilaksanakan dan pada masa yang sama rakyat perlulah mengambil peluang yang ada,” katanya lagi.
            Beliau berkata setiap agensi mempunyi peranan dan fungsinya tetapi semuanya bermatlmatkan untuk membantu rakyat.
            Katanya dengan adanya program seumpama itu rakyat boleh terus melontarkan pertanyaan apa juga perkara yang berkaitan.
            Ahli Parlimen Sipitang itu juga berharap pada masa akan datang, akan lebih banyak lagi agensi kerajaan menyertai program tersebut.
            Menurutnya rakyat perlu didekati agar mereka tahu akan fungsi, tanggungjawab dan peranan setiap agensi.
            “Program ini banyak membantu dan bermanfaat serta berguna kepada rakyat...secara peribadi saya berbangga dan menyokong program seumpama ini,” katanya lagi.
            Di majlis tersebut Sapawi dan Ahmad telah menyamapaikan sumbangan kepada 42 pengerusi dan wakil gereja sempena Krismas serta menyampaikan sumbangan kepada lebih 400 warga emas dan ibu tunggul.

 
Share |