Wednesday, December 26, 2012

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Di Kampung Lumadan, Beaufort.

 SEMANGAT…Sapawi bersama Kamarlin bersama AJK Umno Sipitang mendahului perarakan peserta yang berkhatan di majlis tersebut
 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan olej Kamarlin dan AJK Umno Sipitang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta nerkhatan di majlis tersebut.
 CERIA…Sebahagian penduduk kampung  berselawat bagi memeriahkan majlis tersebut.
 MERIAH…Sapawi dan Kamarlin telah menyemburkan air kepada peserta yang berkhatan di majlis tersebut.
 RENJIS…Sapawi dan Kamarlin telah memberi penghormatan dengan merenjis kepada peserta berkhatan di majlis tersebut.

BEAUFORT: Usah terperangkap dengan ajakan pembangkang yang meminta agar eksprimen dibuat pada pilihan raya nanti.
Nasihat itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui selepas majlis berkhatan beramai-ramai peringkat DUN Lumadan di dewan Kampung Lumadan dekat sini.
Majlis anjuran Umno Sipitang turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam sadikun dan Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujairto serta AJK Umno Sipitang serta seramai 80 orang pesrta berkhatan di majlis tersebut.
Sapawi berkata ajakan pembangkang itu merupakan perangkap kepada rakyat kerana ia boleh menyebabkan rakyat kehilangan dengan apa yang dinikmati ketika ini.
Menurutnya rakyat ketika ini telah menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran dan semuanya adalah hasil daripada usaha serta perjuangan Barisan Nasional (BN).
“Berdasarkan kepada rekod BN telah memperlihatkan kecemerlangan dan rakyat tidak perlu untuk melakukan eksprimen,” katanya lagi.
Katanya rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dengan membuat penilaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh BN.
Menurutnya jika dibandingkan BN dengan pembangkang, ternyata BN lebih sukses kerana perjuangan BN mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat berbanding pembangkang yang perjuangannya untuk diri sendiri dan individu tertentu.
“Jangan kita musnahkan masa depan diri dan juga generasi akan datang...rakyat telah memiliki kerajaan yang terbaik iaitu Kerajaan BN dan ia tidak memerlukan rakyat untuk melakukan eksperimen,” katanya lagi.
Sebelum itu pada majlis tersebut Sapawi melahirkan rasa bangga dengan semangat kerjasama dan persefahaman yang diperlihatkan oleh penduduk kampung tersebut.
Katanya semangat kerjasama dan persefahaman itu hendaklah diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang.
“Nilai murni ini perlu dikembangkan dan biar ianya diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya lagi.

a
Share |