Sunday, May 11, 2014

Selamat Ulangtahun UMNO Ke-68 Oleh UMNO Bahagian P.178 Sipitang

CERIA…Sapawi bersama Ahmad dan barisan AJK Umno Sipitang sedang memotong kek sempena sambutan ulang tahun Umno ke-68 di majlis tersebut.

BEAUFORT: Anggota Umno negeri ini wajar berbangga dengan pencapaian yang telah dicatatkan.
     Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata kehadiran Umno di nrgeri ini masih muda namun pencapaian yang dicatatkan amat membanggakan.
    "Kita berjaya meletakkan dan mengekalkan Sabah sebagai ‘fix deposit’ kepada Barisan Nasional," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Umno Bahagian Sipitang di sini kelmarin
     Pada mesyuarat itu Sapawi memotong kek ulang tahun Umno ke-68 disambut kelmarin.
     Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata Umno telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
    Katanya cabaran dan dugaan itu dihadapi bersana oleh seluruh anggota Umno pada semua peringkat.
    Umno Sipitang sendiri, katanya turut berhadapan dengan cabaran khususnya pada pilihan raya lepas.
     Menurutnya ada anggota parti telah beralih dengan menjadi penentang.
     "Namun kita berjaya menghadapi cabaran itu dengan semangat kesetiaan terhadap perjuangan parti dan kita berjaya mengekalkan Sipitang sebagai kubu kuat BN," katanya.
    Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar anggota parti pada semua peringkat tidak leka kerana pembangkang sentiasa berusaha untuk mengucarkacirkan Umno dan BN.
     Katanya anggota parti perlu sentiasa mendekati akar umbi dan memastikan akar umbi tidak dipengaruhi.
     "Kita perlu memastikan agar keyakinan dan kepercayaan rakyat tidak luntur," katanya lagi.
    Hadir sama pada mesyuarat tersebut Naib Ketua Umno Sipitang Datuk Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Penerangan Umno Sipitang Matbali Musah, Bendahari Umno Sipitang Ir. Mustapha Kassim, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam sadikun, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Said Awang Damit dan Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat serta AJK Umno Sipitang.


Share |