Sunday, May 11, 2014

Krusus Penceramah Dan Penerangan UMNO Sabah

 PENERANGAN…Ahmad diperhatikan oleh Sapawi ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Nasirudin (kanan) menyampaikan sijil kepada Junaidi Sahat penghulu krusus tersebut.
  MESRA…Ahmad diiringi oleh Sapawi bersalaman dengan peserta krusus tersebut.
 HEBAT….Sapawi merakamkan kenangan bersama kumpulan yang memenangi sesi penceramah di krusus tersebut.


MANTAP…Ahmad dan Sapawi ketika merakamkan kenangan bersama sebahagian peserta krusus penceramah dan penerangan UMNO Sabah di BTN Kundasang.

 KUNDASANG: Strategi politik memerlukan pembaharuan yang drastik bagi mengekang tohmahan pembangkang.
     Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata Umno malah Barisan Nasional perlu terus menggerakkan jentera yang sedia ada.
     "Ini bukan masanta untuk merehatkan jentera pada semua peringkat...jentera oerlu digerakkanm" katanya pada majlis penutupan kursus penceramah dan penerangan Umno Sabah di Pusat Latihan Biro Tata Negara di sini kelmarin.
    Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan dan turut dihadiri oleh Skeatriat UMNO Malaysia Nasirudin Jantan dan Setiausaha Penerangan UMNO Sabah Hashim Mohd Soon serta 175 peserta terdiri daripada Ketua Penerangan dan Penceramah bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah.
     Sapawi berkata jentera itu amat perlu digerakkan bagi menangani tohmahan dan fitnah yang dilontarkan oleh pembangkang.
      Katanta pembangkang menggunakan pelbagai cara termasuklah media sosial untuk mempengaruhi rakyat.
      Menurutnya fakta yang sebenar pula diputarbelitkan oleh pembangkang dan rakyat yang tidak mahu membuat penilaian akan mudah dipengaruhi.
     "Kita perlu menangani perkara ini dan ua tidak boleh dilakukan dengan menggunakan strategi yang lama," katanya.
      Sapawi berkata pembaharuan dalam strategi politik itu perlu bagi memastikan keberkesanan dalam menangani apa juga tohmahan dan fitnah pembangkang.
      Beliau berkata pembaharuan yang dilakukan sudah tentu dapat membantu anggota parti bagi memberikan penjelasan yang terbaik dan sekaligus dapat nemastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
     Katanya jentera Umno juga perlu bersikap ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggunghawab yang diberikan.
      "Ikhlas dan amanah itu penting kerana kita mahu rakyat terus yakin dan percaya keoada Umno dan juga BN," katanya lagi.


Share |