JASAMU DIKENANG…Sapawi diperhatikan oleh Adnan dan Latip menyempatkan pingat PJM kepada Alidin Mohamad salah seorang bekas tentera di majlis tersebut.
Ahli parlimen sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata jasa dan sumbangan tersebut sentiasa dihargai.
"Kerajaan tidak pernah melupakan jasa dan sumbangan yang telah diberikan," katanya pada majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 29 ahli persatuan bekas tentera malaysia cawangan sipitang di dewan mini perpustakaan sipitang kelmarin.
Sapawi berkata sebagai menghargai jasa dan sumbangan itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan.
Katanya kerajaan berusaha untuk membantu bekas anggota tentera dan tidak pernah berniat untuk mengabaikan mereka.
Menurutnya pewujudan jabatan hal ehwal veteran tentera malaysia merupakan salah satu penambahbaikkan yang dilakukan oleh kerajaan.
Beliau berkata kerajaan mahu setiap usaha dan bantuan dapat dinikmati oleh bekas anggota tentera.
Sehubungan dengan itu, sapawi melahirkan harapan agar bekas anggota tentera menyertai persatuan.
Katanya ia penting kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan disalurkan kepada persatuan.
"Menerusi persatuan, bekas anggota tentera boleh memohon untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan," katanya.