Sunday, April 6, 2014

Rasmi Pusat Internet 1 Malaysia Di Kuala Mengalong, Sipitang.

 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Arron dan Rubin menyampaikan  sijil kepada pengurus Pusat Internet 1 Malayisa Kuala Mengalong, Sipitang, kepada Asmidah Kassim di majlis tersebut.


LAWAT…Sapawi bersama rombongan sedang mendengar penerangan daripada pengurus pusat internet 1 Malaysia Kula Mengalong , Sipitang, Asmidah Kassim

SIPITANG: Kemudahan pusat internet yang diperkenalkan oleh kerajaan memberi manfaat berguna kepada rakyat.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata banyak kemudahan yang boleh dimanfaat oleh rakyat termasuklah dalam urusan perbankkan," katanya ketika ditemui selepas hari terbuka dan perasmian pusat internet 1 malaysia di kuala mengalong dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Suruhanjaya Komunikasi Mulitimedia Malaysia Sabah Arron Tan , Pengrus Celcom Sabah Rubin Jenis , Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mengalong Safar Dulgafar dan Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Mengalong Asmidah Kassim.
Sapawi berkata rakyat juga boleh mengetahui usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disebarkan dalam internet.
"Sebaik baiknya rakyat menyelidik terlebih dahulu kerana terdapat pihak tertentu yang menjadikan internet untuk menyebarkan dakyah dan fitnah kepada kerajaan serta barisan kepimpinan," katanya.
Sebelum itu, ketika merasmikan program tersebut, Sapawi berkata pusat internet 1 malaysia di kampung itu membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memaju serta membangunkan kawasan luar bandar.
Kerajaan, katanya mahu agar penduduk luar bandar turut dapat menikmati pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat.
Menurutnya pusat internet 1 malaysia itu adalah yang pertama dalam Parlimen Sipitang.
"Pusat internet ini memberi kemudahan serta manfaat kepada penduduk kampung," katanya.


  
Share |