Sunday, April 6, 2014

Lawatan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Kawasan Pelancongan Pekan Weston dan Esplanade Sipitang

  TINJAU…Sapawi sedang memberi penjelasan kepada Pandikar Amin ketika mengadakan lawatan ke Esplanade Sipitang.
DIHARGAI…Pandikar Amin diperhatikan oleh Sapawi dan Kamarlin menerima cenderakenangan daripada Ketua Anak Negeri Bongsu Yusuf di majlis tersebut.
  LAWATAN…Pandikar Amin sedang menerima penjelasan daripada Sapawi sambil diperhatikan oleh Kamarlin ketika membuat tinjuan mengunakan bot ke kawasan pelancongan di Pekan Weston.
 CERIA…Pandikar diiringi oleh Sapawi dan Kamarlin bersama rombongan sedang berjalan diatas titian jambatan yang menghubungi perkampungan di Pekan Weston.


MERIAH…Pandikar Amin bersama rombangan sedang melihat persembahan silat sejurus tiba di Pekan Weston.

WESTON (Beaufort): Identiti sebagai perkampungan nelayan petlu dikekalkan dalam usaha menjadikan Weston maju dan membangun dalam industri pelancongan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata identiti sebagai perkampungan nelayan merupakan warisan yang amat berharga kepada masyarakat Weston.
"Identiti itu perlu dikekalkan dan ia juga mampu menjadi salah satu produk utama dalam industri pelancongan di perkampungan tersebut," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan tinjauan bersama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi di sini kelmarin.
Sapawi berkata kerajaan akan melaksanakan lebih banyak program transformasi bagi membangunkan produk pelancongan di perkampungan tersebut.
Selain sebagai perkampungan nelayan, katanya, kehadiran Monyet Proboscis atau monyet Belanda dan kelip-kelip mampu menambahkan tarikan pelancongan ke perkampungan tersebut.
Katanya deretan kedai lama dan sekolah Cina serta kepala kereta api yang pertama menggunakan lokomotif yang terdapat di perkampungan itu turut menambahkan lagi tarikan pelancongan.
Beliau berkata dengan produk tersebut ia membuka ruang terbaik kepada penduduk setempat bagi meningkatkan lagi sumber ekonomi masing-masing.
"Kemajuan itu memberi impak yang bermanfaat kepada penduduk setempat dan kita berharap peluang ini akan dipergunakan," katanya lagi.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kagum dengan pembangunan dari aspek fasiliti dan sosio ekonomi masyarakat di kawasan itu.
Beliau yakin pembinaan titian jalan sepanjang 3.5 kilometer yang menelan peruntukan RM4.5 juta ringgit dapat merancakkan lagi pelancongan di Weston.
Beliau berharap penduduk di daerah lain mencontohi usaha yang dilakukan penduduk Weston dalam membangunkan kawasan pelancongan mereka pada masa sama tidak melupakan aspek keselamatan di kawasan pelancongan yang dibangunkan.




Share |