Thursday, February 20, 2014

Lembah Danum khazanah berharga Sabah


 NYAMAN…Sapawi dan rombongan menikmati sarapan pagi dalam suasana dikelilingi oleh alam semulajadi di Borneo Rainforest Lodge
 LENGKAP…Sebahagian kemudahan bagi pelancongan Borneo Rainforest Lodge yang terdapat di Lembah Danum
 SERONOK…Sapawi bersama Rosmawati dan rombongan menaiki jambatan gantung antara kemudahan yang terdapat di BRL


JELAS…Sapawi dan Rosmawati dan rombongan diberikan penerangan oleh Pengurus Danum Valley Field Centre Jikos Gidiman

Lembah Danum khazanah berharga Sabah

LAHAD DATU:  Kawasan Lembah Danum, sejauh 97 kilometer dari sini, merupakan khazanah alam semulajadi paling berharga bagi Sabah kerana kaya dengan kepelbagaian bio meliputi fauna dan flora kepulauan Borneo.
 Meliputi kawasan seluas 438km persegi , Lembah Danum merupakan salah satu  hutan hujan tertua di dunia mengalahkan hutan hujan Amazon.
Kerajaan negeri telah meluluskan pencalonan Lembah Danum bersama Kanyon Imbak dan Lembangan Meliau  sebagai tapak warisan dunia.  dan kini dalam proses permohonan yang dibuat melalui Jabatan Warisan Negara.
Kawasan konservasi Lembah Danum diwartakan sebagai Hutan Simpan perlindungan Kelas 1, oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1995.Keadah-Keadah Hutan (Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum) 1996 menyerahkan tanggungjawab pengurusan harian Lembah Danum kepada Yayasan Sabah.
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, baru-baru ini telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan Konservasi Lembah Danum untuk melihat sendiri dari dekat keindahan dan keistimewaan kawasan berkenaan yang terletak di tengah-tengah hutan tropika Borneo.
Tempat-tempat yang dilawati termasuk Borneo Rainforest Lodge, Innoprise-Face Foundation Rainforest Rehabilitation Project (INFAPRO) dan Pusat Luar lembah Danum.
 Perjalanan ke Lembah Danum juga merupakan suatu pengalaman menarik melihat keindahan hutan hujan tropika walapun hanya 15km pertama yang berturap dan selebihnya masih berkeadaan berbatu kerikil.
 Borneo Rainforest Lodge (BRL) terletak di Lembah danum  dibuka pada tahun 1996  dan menawarkan pelbagai  pakej lawatan  serendah RM2,446 seorang.
BRL adalah kemudahan pelancongan semulajadi yang unik, penekaan diberi dari segi ketahanan rekaan sewaktu pembinaan lodge ini dengan menggunakan kayu kitar semula dan bahan-bahan tempatan.
Kesemua chalet di BRL hanya menggunakan kipas siling, sistem pengudaran chalet ini juga mengunakan aliran udara semulajadi yang sekaligus menghasilkan suhu bilik dalam keadaan selesa.
Sementara itu di  Pusat Luar Lembah Danum juga menawarkan tempat penginapan untuk pelawat serta penyelidik/saintis.
Lembah Danum  menjadi medan kerjasama antara saintis Malaysia dan negara-negara Barat.
Memrandum persafahman dalam bidang penyelidikan antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum (Jawatankuasa yang diwakili oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan)dengan The Royal Society, United Kingdom kini menjangkau hampir 30 tahun, dan ini tidak pernah dilakukan oleh The Royal Sociaty dalam sejarahnya.
Sehingga kini sebanyak 300 projek penyelidikan telah siap atau masih dijalankan. Selain itu, sebanyak 314 journal penerbitan dikeluarkan dan 70 tesis kedokotoran dan sarjana disiapkan dengan jayanya sejak 1985.
Dalam pada itu, Sapawi  yang juga Ahli Parlimen Sipitang turut meninjau status pembinaan projek penambahan chalet-chalet baru di Borneo Rainforest Lodge (BRL).
Semua chalet baru ini diharapkan dapat memenuhi permintaan penginapan yang sentiasa meningkat.
Difahamkan bahawa sepanjang lima tahun lalu, kira-kira 7,000 pengunjung telah melawat ke BRL.
Hadir sama pada lawatan kerja tersebut Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Kanan Sumber manusia dan Korparat Rosmawati Lasuki, Pegawai daerah Sipitang Latip Amat, Penolong Pegawai Pembangunan Sipitang Zulkiflee Ahmad, Pengurus Kanan CEMD Rita Stuel-Galid dan Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Komunikasi Koparat Sam S. Karnail.-Oleh Dzul Mohd Kassim

Caption
MANTAP…Sapawi dan Rosmawati merakamkan kenangan bersama  Pengurus Operasi Borneo Rainforest Lodge (BRL) Isabelo Garcia serta kakitangan BRL .


CERIA….Sapawi dan rombangan menunjukan isyarat bagus ketika melakukan aktiviti Sky Bridge yang terdapat di Borneo Rainforest Lodge.
TINJAU…Sapawi bersama Rosmawati menunjukkan tanda bagus sejurus melawat tapak projek Villa Premium di Lembah Danum

IKTRAF…Sapawi berbual mesra dengan Dr. Matius Klum yang didatangkan khas oleh majikannya National Geograhfi untuk membuat rakaman fotografi dan penyelidikan di Lembah Danum
TANGGUNGJAWAB…Sapawi dan Rosmawati diberi penerangan oleh Pengurus INFAPRO ketika melawat tapak semaian Innoprise-Face Foundation Project


KENANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Rosmawati dan rombongan menanam pokok di Shell Environmental Education Builiding di Danum Valley.
TETARIK…Sapawi diberi penerangan oleh Pembantu Penyelidik Kanan Mike Bernadus semasa melawat  Danum Valley Field Centre
ALAM SEMULAJADI…Sapawi bersama Rosmawati dan Pengurus Operasi Borneo Rainforest Lodge (BRL) Isabelo Garcia  melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang terdapat di Lembah Danum.
KENANGAN…Sapawi bersama Rosmawati merakamkan kenangan bersama kakitangan Pusat Luar Lembah Danum.

Share |