Thursday, February 20, 2014

Lawatan Banjir Beaufort.

 SERAH…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di pusat pengagihan makanan di Kampung Bangkalalak.
 KERJASAMA…Sapawi dan Kamarlin dan mangsa banjir  sedang mengumpul barang makanan yang dihantar melalui bot di Sungai Padas, Beaufort.
 SUMBANGAN…Shahidan diperhatikan Sapawi dan Kamarlin menyamapikan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Bangkalalak, Beaufort.
 BINCANG…Shahidan bersama Sapawi, Kamarlin dan Junli sedang berbincang permasalahan banjir di rumah Iman Rambang Kampung Bangkalalak


PRIHATIN…Sapawi bersama Muanam Mujiarto sedang bertanyakan sesautu dengan mangsa banjir di pusat penempatan banjir di Dewan Lumadan.

BEAUFORT: Mangsa banjir yang terputus hubungan perlu dipastikan memperolehi bantuan khususnya makanan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bantuan makanan itu penting bagi memastikan mereka tidak berhadapan dengan sesuatu yang tidak diinginkan.
“Kita berharap agar semua mangsa banjir yang terputus hubungan dapat menerima bantuan makanan,” katanya ketika ditemui selepas menghantar bekalan makanan dan minuman di enam buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini kelmarin.
Sapawi bersama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Haji Ombi yang juga wakil rakyat Lumadan , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Junli Yusuf menghantar bekalan tersebut dengan menggunakan bot.
Antara kampung yang dilawati oleh kedua wakil rakyat itu termasuklah Bangkalak, Mentulud, Berumbai, Kangsa, Jabang dan Kukup di mana 400 keluarga terlibat dan menerima bantuan berupa beras, minuman dan makanan kering.
Sapawi berkata mangsa banjir yang terputus hubungan itu perlu diberikan perhatian termasuklah bantuan makanan.
Katanya hubungan yang terpuitus sudah tentu menyulitkan mereka untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga minuman.
“Mereka sudah tentu berhadapan dengan kesulitan jika makanan dan minuman habis...sebab itulah bantuan perlu dipastikan sampai kepada mereka,” katanya dan menambah pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan JKKK perlu sentiasa bekerjasama.
Menurutnya kerjasama juga perlu dijalinkan dengan jawatankuasa bencana alam bagi memastikan penduduk di kawasan masing-masing memperolehi bantuan.
Sapawi dan Kamarlin turut melahirkan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Share |