Thursday, February 20, 2014
Bantuan Awal Persekolahan SMK Padang Berampah, Sipitang.
BANTUAN…Sapawi diperhatikan oleh Sablee menyampaikan
bantuan RM100 kepada ibubapa pelajar di majlis tersebut.
SIPITANG: Pendidikan
dan kecemerlangan akademik anak-anak wajar menjadi agenda utama kepada ibu
bapa.
Ahli Parlimen
Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ibu bapa yang meletakkan pendidikan dan
pencapaian akademik anak akan dapat memastikan jaminan masa depan yang cerah.
“Hanya pendidikan
yang akan menentukan masa depan yang cerah dan pendidikan juga akan memastikan
anak-anak kita berilmu dan akhirnya tidak akan menjadi alat atau dipergunakan,”
katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan
dan Seminar Keibubapaan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berempah dekat sini
kelmarin.
Hadir sama pada
majlis tersebut termasuklah Wakli Pegawai Pelajaran Sipitang Adnan Othman,
Pengetua SMK Padang Berampah Sablee Bagol, dan Penceramah Motivasi Jemputan
daripada IPG Maktab Gaya Mohd Said Julpin.
Sapawi berkata usaha
memperkasakan pembangunan modal insan bermula daripada rumah di mana ibu
bapalah yang memainkan peranan utama.
Langkah itu,
katanya, dapat memastikan pembudayaan kecemerlangan dalam pelajaran dapat
dipupuk dengan berkesan.
Menurutnya ia turut
berupaya melahirkan generasi masa depan yang lebih berpengetahuan tinggi,
berdaya saing dan memiliki minda bijaksana dalam apa juga tindakan terutamanya
dalam konteks pembangunan masyarakat.
Mengenai soalan
lain, Sapawi turut menyokong usaha kerajaan bagi mewujudkan kempen `Klik Dengan
Bijak.’
Kempen Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu memberi manfaat yang berguna “dan
ia wajar diberikan sokongan oleh rakyat,” katanya.
Beliau berkata
kempen itu turut memberikan kesedaran kepada masyarakat agar berhati-hati
ketika mengakses internet selain dapat meluaskan ilmu pengetahuan kepada
masyarakat sendiri.
Seramai 795 pelajar
sekolah tersebut menerima bantuan berjumlah RM100 setiap seorang.