Tuesday, January 21, 2014

Tilawah Al Quran dan Kenduri Sekampung Di Kg. Meraba, Beaufort.

 JOHAN…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan qari Matzin Karim daripada Kampung Lingkungan di majlis tersebut.
 CERIA…Sapawi bersama tetamu undangan dan masyarakat setempat yang hadir di majlis tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan qariah Salmah Lasulu daripada Kampung Bukau di majlis tersebut.

SOKONGAN PADU…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.

BEAUFORT: Amalkan kesederhanaan dan toleransi tetapi harus berlandaskan syarak.
            Nasihat itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada Majlis Tilawah al-Quran dan Kenduri Sekampung di Kampung Maraba dekat sini kelmarin.
            Sapawi berkata amalan itu akan menjadi umat Islam lebih maju dan berupaya mencapai kecemerlangan serta kejayaan membanggakan.
            “Namun amalan tersebut haruslah berlandaskan syarak dan tidak dipesongkan dengan ajaran atau fahaman yang bertentangan,” katanya.
            Beliau berkata umat Islam ketika berhadapan dengan cabaran yang getir di mana wujud pihak tertentu yang cuba menyelitkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran yang sebenar.
            Katanya pihak tersebut menyelitkan fahaman itu dengan halus dan turut menggunakan pentas politik untuk mempengaruhi umat Islam.
            “Umat Islam sememangnya digalakkan untuk mendalami ilmu tetapi kita perlu sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih tahu dan bukannya mudah untuk menerima sebarang ajaran atau fahaman tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu...hakikatnya kita harus berhati-hati,” katanya dan menambah soal agama tidak harus dijadikan sebgai bahan politik untuk kepentingan pihak tertentu.
            Menurutnya perpecahan yang berlaku hanya akan merugikan umat Islam sendiri dan sama sekali tidak memberikan sebarang keuntungan.
            Katanya umat Islam perlu mengelak daripada perkara itu berlaku kerana untuk memperbaiki kesilapan itu akan mengambil masa yang begitu lama.
            Beliau berkata al-Quran dan sunnah merupakan panduan terbaik dan terhebat buat umat Islam dalam memaju dan membangunkan diri serta ummah.
            “Jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dan bertanyalah kepada mereka yang lebih tahu jika ada sebarang kekeliruan dalam menimba ilmu agama,” katanya.
             Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pemimpin kemajuan Rakyat Lumadan Junli Yusuf, Ketua Daerah Lumada Ahmad Mumin, Pegawai perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Pelaksana Mohd Maun Mayassin
             Di majlis tersebut Matzin Karim mewakili Kampung Lingkungan diumunkan muncul johan tilawah tersebut manakala Mohd Bujang daripada Kampung Maraba dan Parmin Said daripada Kampung Bukau masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
              Bagi johan qariah pada majlis tersebut Salmah Lasulu daripada Kampung Bukau muncul johan manakal Musbah Mualaf daripada Weston dan Rina Asrin daripada Kampung Lingkungan masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.








Share |