SEMBOLIK…Yahya bersama Ahmad Mazlan dan Sapawi sedang memperlihatkan buku penerangan mengenai GST tanda sembolik perasmian majlis tersebut.
JELAS…Ahmad Mazlan sedang menyampaikan penerangan mengenai GST kepada hadirin di majlis tersebut.
CERIA…Sebahagian pegawai-pegawai kanan kerajaan yang hadir pada majlis tersebut.
Mesra…Ahmad Maslan diiringi Sapawi sedang bersalaman dengan hadirin di majlis tersebut.
MANTAP…Seabahagian hadirin yang hadir di majlis tersebut.
KOTA KINABALU:
Rakyat tidak seharusnya mudah meletakkan diri mereka untuk dipergunakan dan
diperalatkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan seseorang.
Ketua Penerangan
UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat dilupakan dengan manfaat yang
disediakan dan diberikan oleh kerajaan seperti yang dinyatakan dalam bajet
`Mensejahterajab Rakyat.’
“Sebaliknya rakyat
hanya diajak untuk melihat tentang GST di mana pihak pembangkang
memutarbelitkan tentang fakta mengenainya,” katanya pada seminar pemerkasaan
ekonomi di sini kelmarin.
Seminar itu
dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang diwakili oleh
timbalannya Datuk Yahya Hussien dan penutupannya dilakukan oleh Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Sapawi berkata
pelaksanaan GST sebenarnya memberikan kemudahan kepada rakyat di mana sebelum
ini cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada rakyat adlah bertindih.
Jika GST, katanya,
rakyat hanya dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus tetapi jika
dahulu rakyat dikenakan 10 peratus untuk cukai jualan dan lima peratus cukai
yang dikenakan oleh pengilang.
Beliau berkata
bebanan yang ditanggung rakyat ketika ini ialah cukai pengilang, pemborong dan
juga peruncit.
Katanya cukai
inilah yang dikenakan ke atas rakyat sehingga berlakunya pertindihan sedangkan
GST pula hanya mengenakan satu cukai dengan kadar enam peratus sahaja.
“Fakta inilah yang
seharusnya diketahui dan difahami oleh rakyat...tetapi rakyat dikelirukan oleh
pembangkang yang memutarbelitkan pelbagai fakta,” katanya lagi.
Seminar tersebut
juga telah mengundang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai ahli
panel bagi menerangkan isu GST dengan
tajuk Rahsia Bajet 2014 turut dibantu oleh Pengarah Kastam Sabah Datuk Janathan
Kandok dengan tajuk Kebaikan GST Untuk Rakyat dan juga daripada Unit Peneraju
Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan tajuk Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera
oleh Pengarah Program Koridor Ekonomi, Unit Peneraju Agenda Bumiputera Bestari
Abrar Nasiruddin.