SIPITANG: 'Utamakan persefahaman dan perpaduan antara kaum bagi memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati.'
Nasihat bercampurkan harapan itu diluahkan oleh ahli parlimen sipitang datuk haji sapawi haji ahmad pada jamuan makan malam sempena Tahun Baru Cina di rumah rehat kelmarin.
"Kita wajar hargai apa yang kita nikmati dengan utamakan perpaduan dan persefahaman yang telah sekian lama kita warisi.
"Usah ikut emosi yang menyebabkan kita kerugian dan akibat serta kesannya akan turut dirasai oleh generasi akan datang," katanya.
Beliau berkata masyarakat cina seperti juga masyarakat yang lain memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati.
Katanya tiada masyarakat yang diketepikan atau dipinggirkan sebaliknya kerajaan bn melihat kepentingan rakyat secara menyeluruh.
Menurutnya kerajaan mahu agar seluruh rakyat negara ini menikmati apa yang telah diusahakan.
Katanya kerajaan bn melakukan apa yang terbaik untuk dinikmati oleh rakyat.
bagaimanapun, sapawi berkata sokongan daripada rakyat tetap diharapkan.
Beliau berkata menerusi sokongan itu perancangan yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Katanya sokongan itu termasuklah pengawalan harga barangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menurutnya masyarakat cina dilihat menguasai bidang perniagaan dan mampu membantu kerajaan dalam hal tersebut.
Hal yang sama juga, katanya, membantu usaha untuk memaju dan membangunksn sipitang.
beliau berkata dengan wujudnya Samur dan pembinaan jalan transborneo serta dalam masa terdekat ini akan bermula Ibu Pejabat Polis Sipitang baharu, ianya membuka ruang dan peluang dalam peningkatan sumber ekonomi.
Katanya ruang dan peluang itu hendaklah dipergunakan dengan sebaik mungkin dan pada masa yang sama membantu usaha membangun dan memajukan sipitang.
Sapawi turut melahirkan penghargaan kepada masyarakat cina di sipitang yang kukuh dan terus memberikan sokongan kepada bn.
Katanya sokongan tersebut membuktikan tidak semua masyarakat cina terpengaruh dan menyokong pembangkang.
"Saya amat berbangga dengan masyarakat cina sipitang yang kukuh bersama bn...tahniah," katanya.
Sapawi turut merakamkan ucapan selamat tahun baru cina dan berharap perayaan tersebut menjadi pengikat kepada kekuatan persefahaman dan perpaduan kaum.Pada majlis tersebut sapawi juga turut menyumbangan RM3 ribu kepada setiap tokong iaitu Tokong Vui Hun Mesapol, Tokong Hock Teekong Sipitang dan Tokong Hock Teekong Merapok.