Monday, January 27, 2014

Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sipitang


 CERIA…Sapawi diiringi Latip bersalaman dengan ketua kontinjen yang turut serta dalam perarakan tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada wakil Jamek Pekan Mesapol yang muncul johan pada pertandingan sepanduk di majlis tersebut.
 JOHAN…Sapawi menyampaikan hadiah kepada wakil Pusat Latihan Khidmat Negara yang mucul johan bagi kategori kontinjen teramai pada perarakkan tersebut.
  SOKONGAN…Seabahagian ribuan orang ramai yang membanjiri majlis tersebut.

SELAWAT….Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat dan penduduk islam setempat berarak melaungkan selawat pada majlis tersebut,

SIPITANG: Sikap malas untuk berfikir dan mudah terpikat dengn perkara yang negatif adalah antara punca umat Islam lemah dan mudah dipergunakan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata jika sikap seperti itu terus diamalkan maka umat Islam bukan sahaja mudah diperguna malah akan tertindas dan mundur.

“Kita akan ketinggalan dan mundur jika sikap ini terus diamalkan dan sikap ini juga akan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan Festival Kesenian Islam peringkat daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai daerah Sipitang Amat Latip, Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Mustapha Othman, Penolong Pegawai Daerah Matlin Dullah dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh.

Sapawi berkata umat Islam boleh melihat situasi pada ketika ini di mana umat Islam seringkali dipergunakan dan dijadikan sebagai alat untuk kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata meskipun tahu apa yang dimhukan oleh pihak tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, namun segelintir umat Islam itu mengambil sikap tidak kisah.

“Ini adalah antara lain yang memperlihatkan umat Islam malas untuk berfikir...lebih suka melakukan perkara yang negatif dan suka bermusuhan sesama sendiri,” katanya.

Menurutnya akibat mudah dipergaruhi, diperguna dan diperalatkan, kelemahan umat Islam itu dijadikan sebagai asas oleh musuh Islam untuk memesongkan pemikiran umat Islam.

Katanya musuh Islam menggunakan kelemahan itu untuk menjauhkan umat Islam dan memesongkan pemikirkan mereka daripada ajaran yang sebenar.

Akibat kelemahan itu, katanya, umat Islam berpecah sesama sendiri dan saling bermusuhan sehingga lupa pentingnya perpaduan dan kerjsama yang erat.

“Selagi sikap seumpama itu menjadi amalan kepada umat Islam selagi itulah kita tidak akan mampu mencapai kejayaan dan kecemerlangan,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi memberitahu sambutan Maulidur Rasul wajar dijadikan sebagai landsan kepada umat Islam untuk melihat, memahami dan menghayati keperibadian Rasululllah dan menjadinya sebagai teladan.

Beliau berkata Rasulullah adalah contoh dan teladan yang paling tepat kepada umat Islam.

“Kita akan berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dengan menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan teladan dan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan,” katanya lagi.

 
 
Share |