Tuesday, January 21, 2014

Bengkel Kumpulan Yayasan Sabah 'Pengurusan Projek Yang Cekap dan Kaedah Amalan Yang Efektif' dibawah Blue Ocean Strategy Regional Centre

 MANTAP…Sapawi sedang berbincang dengan Rosmawati Lasuki Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan  Perkhidmatan Korporat  Yayasan Sabah dan Andi F.K Toyong Pengurus Kumpulan Kanan Perkidmatan Kewangan dan Pelaburan Yayasan Sabah semasa bengkel tersebut.
 CERAMAH…Andrew Chea daripada Blue Ocean Strateagy Regional Center sedang menyampaikan ceramah kepada peserta bengkel tersebut.
 CETUSAN IDEA….Sapawi bersama pegawai-pegawai kanan kumpulan Yayasan Sabah sedang mendengar cetusan idea yang di sampaikan oleh Andi F.K Toyong semasa bengkel tersebut.
 SERIUS…Dr. Karim Samsuri Setiausaha Korporat Kumpulan Yayasan Sabah sedang meleontarkan idea dan pendapat pada bengkel tersebut.
CERIA…Sapawi bersama pengurus kumpulan Rosmawati dan Andy serta oegawai kanan kumpulan Yayasan Sabah merakamkan kenangan sejurus tamat bengkel tersebut.


KOTA KINABALU: Penjenamaan semula program yang mampu memberikan impak besar kepada masyarkat penting untuk dilakukan oleh Yayasan Sabah.
            Pengarahnya Datuk Sapawi Ahmad berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan Yayasan Sabah yang ditubuhkan pada 1968 menerusi cetusan idea Tun Datuk Haji Mustapha terus relevam.
            “Keadaan semasa memerlukan kita untuk berfikir secara strategik dan bertindak secara efektif,” katanya ketika menyampaokan ucaptama bengekal pengurusan Yayasan Sabah di sini kelmarin.
            Bengkel yang disertai oleh kakitangan Yayasan Sabah itu berjudul pengurusan projek yang cekap dan kaedah amalan yang efektif.
            Sapawi memberitahu pendekatan dan pelaksanaan program Yayasan Sabah yang sedia ada perlu dipermantapkan.
            Bagaimanapun katanya ia memerlukan kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan kakitangan Yayasan Sabah.
            Katanya Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) akan berakhir pada 2015 dan Yayasan Sabah memiliki dua tahun lagi bagi mengemas tindakan dan pencapaian masing-masing.
            “Kita perlu mengenalpasti program yang mampu mengangkat YS dan melaksanakannya dengan matlamat dan tujuan asal YS dikekalkan,” katanya dan menambah YS ditubuhkan dengan matlamat asalnya terarah kepada pendidikan, ekonomi dan sosial budaya masyarakat negeri ini.
            Menurutnya faktor kekuatan sesebuah negara atau organisasi bukan hanya bergantung kepada tentera tetapi bergantung kepada kekuatan ekonominya.
            Namun kekuatan ekonomi itu bukan hanya bersandarkan kepada sumber kekayaan semula jadi dan penduduk yang ramai tetapi bergantung kepada sumber kualiti rakyatnya yang berasaskan kepada intelektual dan keperibadian yang tinggi, katanya lagi.
            Pengarah YS ini menyifatkan bengkel yang dianjurkan mampu memberikan ilmu dan maklumat baharu dan tambahan kepada kakitangan organisasi tersebut.
            “Ia dapat memberikan idea baharu kepada kita dan seterusnya membantu kita untuk bergerak bersama dan melaksanakan tindakan yang efektif,” katanya lagi.
            Beliau memberitahu semangat kerjasama di kalangan kakitangan YS perlulah jiuga diambil kira dan menjadi keutamaan.
            Begitupun, katanya, perubahan sikap amat perlu dilakukan oleh setiap kakitangan YS.
            “Berapa banyak bengkel atau kursus yang kita hadiri tetapi jika sikap lama masih belum berubah, ia tidak akan memberikan makna kepada kita,” katanya lagi.
            Bengkel yang dikendalikan oleh dua penceramah daripada Blue Ocean Strategy Regional Center iaitu Rajkumar Genesh dan Andrew Chea dihadiri oleh 34 pefawai kanan YS.
Share |