Monday, October 21, 2013

Persidangan Perwakilan UMNO Sipitang.

 TANGGUNGJAWAB…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad sedang membuang undi bagi menunaikan tanggungjawab pada pemilihan tersebut.
 CERIA…Sapawi merakamkan kenangan dengan perwakilan tujuh ke persidangan UMNO pusat yang menang tanpa tanding pada pemilihan tersebut.
 SOKONGAN PADU….Sebahagian perwakilan UMNO Sipitang yang menghadiri persidangan tersebut.
 PENJELASAN…Sapawi memerhatikan Setiausaha UMNO Sipitang Alidin Mohamad sedang memberi penjelasan kepada perwakilan pada persidangan tersebut.


TAHNIAH…Sapawi bersama sebahagian syaf kepimpinan baru UMNOSipitang bagi sesi 2013-2016 merakamkan kenangan sejurus penangguhan persidangan tersebut.

 BUKAN sekadar mencatatkan sejarah tetapi pemilihan UMNO pada kali ini sudah cukup memperjelaskan betapa suara akar umbi terus menjadi keutamaan kepada parti tertua di negara ini.
            Berbeza pada pemilihan yang sudah, kali ini barisan kepimpinan UMNO ditentukan oleh perwakilan pada peringkat bahagian dan barisan kepimpinan itu pula merangkumi kepimpinan atasan parti.
            Ini sebahagian yang digambarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui pada persidangan UMNO Bahagian Sipitang di Sipitang kelmarin.
            “Ini memperlihatkan kematangan UMNO dan juga ahlinya...setiap ahli mempunyai suara untuk menentukan barisan kepimpinan atasan dan juga bahagian.
            “Suara ahli UMNO pada peringkat akar umbi ditunaikan oleh mereka yang menjadi perwakilan pada peringkat bahagian,” katanya dan menambah pembaharuan itu bukan sekadar untuk memperkasakan UMNO tetapi juga untuk mengajak setiap ahli harus bertanggungjawab kepada parti.
            Katanya tanggungjawab setiap ahli adalah menentukan barisan kepimpinan iaitu daripada peringkat cawangan, bahagian dan juga atasan.
            Menurutnya barisan yang dipilih oleh ahli itulah yang akan memikul tanggungjawab bagi memastikan perjuangan UMNO berterusan dengan memberikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.
            “Hebatnya barisan kepimpinan adalah ditentukan oleh ahli daripada peringkat akar umbi,” katanya lagi.
            Sapawi yang menang tanpa tanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Sipitang memberitahu barisan kepimpinan perlu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah.
            Katanya mereka yang terpilih untuk menganggotai barisan kepimpinan perlulah ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
            “Ahli memilih kerana yakin mereka berupaya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah,” katanya lagi.
            Sambil mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang, Sapawi berkata keyakinan dan kepercayaan ahli itu perlulah dibalas dengan ikhlas dan amanah.
            “Relevannya UMNO adalah kerana barisan kepimpinannya yang bersikap amanah dan ikhlas dan barisan kepimpinan itu pula adalah ditentukan oleh ahli parti peringkat akar umbi,” katanya lagi.
            Pada pemilihan tersebut Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Kamarlin Ombi, Datuk Surinam Sadikun, Yamani Hafez Musa dan Suzie Hamat telah diumunkan menang tanpa tanding bagi jawatan Ketua UMNO Sipitang, Timbalan UMNO Sipitang, Ketua Wanita UMNO Sipitang, Ketua Pemuda UMNO Sipitang dan juga Ketua Puteri UMNO Sipitang.
Manakala itu Datuk Ahmad Bujang telah berjaya memenangi jawatan Naib Ketua Umno Sipitang setelah menewaskan pencabarnya Adnan Puteh.
            Seramai 20 orang terpilih menduduki kerusi ahli jawatankuasa UMNO Sipitang bagi sesi 2013-2016 antaranya ialah Matbali Musah, Abdul Rahman Mohd Noh, Tajudin Asari, Aminah Ghafar, Mohd Saidi Manan, Ramli Awang Said, Muanam Mujiarto, Jaafar Jalaf, Mohd Rafie Isa, Daim Bakar, Maaruf Juslim, Suhaimi Awang Said, Malan Olim, Mohamad Jaini Puasa, Yunus Rajah, Zaizulie Shakry, Amat Talip, Abdul Lazis Lajim, Abdul Sani Mokjin dan Ahmad Mumin.
            Persidangan tersebut  telah dihadiri oleh 836 perwakilan.
            Saidin Bin Ahmad dan Junli Bin Usup telah memenangi jawatan bagi Pengerusi tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap manakala Jumadin Jusin dan Omar Ali telah memenagi jawatan Pemeriksa Kira-Kira.
            Turut diumunkan menang tanpa tanding kepada perwakilan tujuh ke perhimpunan UMNO Pusat antara ialah Abdul Rahman Mohd Noh, Jaafar Jalaf, Ramli Awang Said, Matbali Musah, Mohd Dzul Bin Mohd Kassim, Mohamad Jaini Puasa dan Hassan Sahak.
            UMNO Sipitang juga telah memilih Datuk Zahid Hamidi, Datuk Sahfie Apdal dan Datuk Hishammuddin Tun Hussein  sebagai Naib Presiden UMNO Pusat.


Share |