Thursday, October 17, 2013
Majlis Ibadah Qorban Kumpulan Yayasan Sabah
IKHLAS…Sapawi diperhatikan oleh Dr. Karim
Samsuri mengagihkan daging qorban kepada pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Kota
Kinabalu di majlis tersebut.
QORBAN… Ketua Perkhidmatan Kewangan dan
Pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah Andi F.K Toyong (kanan) sedang bersama-sama
pada majlis qorban Kumpulan Yayasan Sabah.
KOTA KINABALU: Rakyat negara ini wajar bersyukur kerana dapat
menyambut dan meraikan perayaan keagaman dalam susana yang harmoni, aman dan
tenteram.
Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata apa yang dinikmati oleh
rakyat negara ini amat jauh berbeza dengan apa yang dinikmati oleh rakyat di
negara lain.
Majlis anjuran
Badan kebajikkan Islam Kumpulan Yayasan Sabah itu turut dihadiri oleh Pengurus
Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan Yayasan Sabah
Rosmawati Lasuki, Ketua Perkhidmatan Kewangan dan Pelaburan Kumpulan Yayasan
Sabah Andi F.K Toyong, Pengerusi Badan Kebajikkan Islam Kumpulan yayasan Sabah
Dr. Karim Samsuri, dan Ketua Pentadbir Zon Kumpulan Yayasan Sabah Dullah
Junaidi
“Ada rakyat di negara lain menyambut perayaan mereka dengan kebimbangan dan
ketakutan kerana berlakunya peperangan atau kekecohan tetapi keadaan ini tidak
berlaku di negara kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ibadah Korban dan
Aqiqah anjuran Banadan Kebahikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah di sini kelmarin.
Menurutnya suasana meriah menyambut dan meraikan Aidil Adha turut diserikan
oleh mereka yang bukan beragama Islam di negara ini.
“Suasana ini wujud kerana kebijaksanaan barisan kepimpinan kita dan sebagai
rakyat kita wajar bersyukur dan berterima kasih,” katanya.
Ketika berucap pada majlis tersebut Sapawi turut melahirkan rasa bangga dengan
usaha yang dilakukan oleh Badan Kebajikan Kumpulan Yayasan Sabah.
Katanya program badan tersebut wajar diberikan sokongan oleh semua pihak
termasuklah kakitangan Yayasan Sabah sendiri.
“Yayasan Sabah akan sentiasa memberikan sokongan dan saya berhrap kakitangan
juga akan turut memberikan kerjasama,” katanya lagi.
Di majlis
tersebut sebanyak lapan ekor sapi di korbankan sempena sambutan hari raya adil
adha Kumpulan Yayasan Sabah.