PRODUK KRAFTANGAN….Sapawi ditemani oleh Pengurus Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan yayasan Sabah Rosmawati Lasuki dan Pengurus Perkhidmatan Kewangan dan Pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah Andi F.K Toyong dan Pengurus Pusat Kraftangan Sabah Kumpulan Yayasan Sabah Zaiton Bakri melihat demotrasi pembikinan kraftangan sewaktu kunjungan tersebut.
Tuesday, October 22, 2013
Lawatan Kerja Pengarah Yayasan Sabah Ke Pusat Kraftangan Sabah.
DIHARAGAI…Sapawi diperhatikan oleh Pengurus
Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Rosmawati
Lasuki menerima cenderakenagna daripada Pengurus Pusat Kraftangan Kumpulan
Yayasan Sabah Zaiton Bakri di majlis tersebut.
PRODUK KRAFTANGAN….Sapawi ditemani oleh Pengurus Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan yayasan Sabah Rosmawati Lasuki dan Pengurus Perkhidmatan Kewangan dan Pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah Andi F.K Toyong dan Pengurus Pusat Kraftangan Sabah Kumpulan Yayasan Sabah Zaiton Bakri melihat demotrasi pembikinan kraftangan sewaktu kunjungan tersebut.
PRODUK KRAFTANGAN….Sapawi ditemani oleh Pengurus Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan yayasan Sabah Rosmawati Lasuki dan Pengurus Perkhidmatan Kewangan dan Pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah Andi F.K Toyong dan Pengurus Pusat Kraftangan Sabah Kumpulan Yayasan Sabah Zaiton Bakri melihat demotrasi pembikinan kraftangan sewaktu kunjungan tersebut.
KENINGAU: Produk kraftangan negeri ini mampu memberikan pulangan
lumayan sekiranya diusahakan dengan serius.
Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata kraftangan negeri ini
sememangnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong dari dalam dan
luar negeri.
“Saya yakin jika seseorang itu serius dalam bidang ini, ia mampu memberikan
pulangan yang lumayan,” katanya ketika ditemui di bengkel Pusat Kraftangan
Sabah di sini kelmarin.
Bengkel tersebut dikendalikan oleh Yayasan Sabah dan Sapawi meluangkan masa
melawat bengkel tersebut sewaktu menghadiri mesyuarat ketua-ketua pentadbir
zon.
Sapawi berkata bengkel tersebut adalah salah satu usaha Yayasan Sabah untuk
meningkatkan lagi kemahiran khususnya generasi muda yang mahu menceburi bidang
kraftangan.
Katanya bimbingan yang diberikan adalah untuk memastikan generasi muda
menghasilkan priduk kraftangan yang berkualiti.
“Produk yang berkualiti tentunya akan menjadikan kraftangan negeri ini semakin
menjadi tumpuan dan peluang inilah yang harus dipergunakan,” katanya.
Beliau berharap mereka yang mendapatkan bimbingan di bengkel tersebut akan
mempergunakan pengetahuan yang diperolehi dengan menghasilkan produk yang
berkualiti.-Oleh Dzul Mohd Kassim.