Thursday, October 17, 2013
Majlis Ibadah Qurban Masjid Kampung Memalia, Sipitang.
QURBAN...Sapawi
bersama penduduk Kampung Memalia, Sipitang sedang menyaksikan ibadah qurban di
majlis tersebut.
SIPITANG: Umat Islam perlu
meningkatkan kesedaran dan keinsafan dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Ahli
Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ketika ini umat Islam telah
memperlihatkan tahap kesedaran yang membanggakan dalam menyambut Aidil Adha.
“Tahap
kesedaran itu dapat dilihat apabila ramai umat Islam tampil untuk memberi
sumbangan binatang untuk dikorban,“ katanya pada majlis qurban sempena sambutan
Aidil Adha di Kampung Memalia dekat sini kelmarin.
Sebanyak
18 ekor kerbau telah diqurbankan tahun ini bagi parlimen Sipitang sempena
anjuran UMNO Sipitang dengan kerjasama
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Sipitang.
Beliau
memberitahu dengan adanya kesedaran dan keinsafan itulah yang mendorong umat
Islam untuk melaksanakan ibadah korban.
Katanya
melaksanakan ibadah korban sebenarnya memberi manfaat kepada umat Islam.
“Selain
memperolehi pahala yang dijanjikan, ibadah korban juga mendekatkan kita antara
satu sama lain tanpa mengira kedudukan dan pangkat,“ katanya dan menambah tahap
kesedaran dan keinsafan itu perlulah dipertingkatkan.
Menurutnya
umat Islam perlu sentiasa memastikan persefahaman dan perpaduan yang sedia ada
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Beliau
juga memberitahu umat Islam juga perlu memastikan keharmonian dan kemakmuran
negara terus terpelihara dan dipertahankan.
Katanya
cara mempertahankan keharmonian dan kemakmuran itu ialah dengan memperkukuhkan
lagi persefahaman serta perpaduan yang sedia.
“Dalam
hal ini, persefahaman dan perpaduan itu bukan hanya di kalangan umat Islam
tetapi juga di kalangan kaum dan penganut agama yang lain,“ katanya lagi.