Thursday, October 17, 2013

Majlis Ibadah Qurban Di Kampung Bengkalalak, Beaufort.

 QORBAN…Sapawi diperhatikan Oleh Kamarlin dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamanai Hafez Musa sedang melaksanakan ibadah Qorban dengan menyembelih kerbau di majlis tersebut.
  IKHLAS…Sapawi sedang mengagihkan daging Qorban kepada salah seorang wakil penduduk kampung di majlis tersebut.
  MERIAH…Sebahagian penduduk kampung setempat yang menghadiri majlis tersebut.
 SELAWAT…kumpulan Marhaban yang diketuai oleh Iman Rambang Haji Mohamad berselawat ke atas Nabi di majlis tersebut.


BEAUFORT: Umat Islam disaran agar mempertingkatkan lagi usaha mempertahankan persefahaman dan kerjasama yang sedia ada.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sambutan Hari Raya Aidil Adha merupakan pentas terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama tersebut.
            “Perpaduan dan kerjasama itu bukan hanya di kalangan umat Islam tetapi juga di kalangan mereka yang bukan beragama Islam,” katanya ketika ditemui selepas majlis korban di Kampung Bengkalalak kelmarin.
            Majlis anjuran UMNO Sipitang dengan kerjsama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Sipitang, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan JKKK Kampung Bengkalalak turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Junli Yusuf, Pengerusi Penganjur Sani Mokhsin dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah
            Sapawi berkata perpaduan dan kerjasama itulah yang membolehkan umat Islam malah seluruh rakyat negara ini menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran.
            Katanya kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran itu tidak mungkin dapat dikekalkan dan terus dinikmati jika perpaduan serta kerjasama tersebut diabaikan.
            “Perpaduan dan kerjasama ini sudah lama kita warisi dan ianya perlu dikembangkan selain dikekalkan serta diperkukuhkan,” katanya dan menambah umat Islam juga wajar menghayati dan memahami konsep pengorbanan dalam menyambut dan meraikan Aidil Adha.
            Menurutnya umat Islam yang menghayati dan memahami konsep pengorbanan itu sudah tentu akan memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati berkekalan, berterusan dan berkembang.
            “Komsep pengorbanan inilah juga akan membawa umat Islam kepada kejayaan dan kecemerlangan,” katanya lagi.
            Beliau berkata konsepperjuangan itulah juga yang membolehkan umat Islam bersatu-padu dalam menghadapi apa juga cabaran khususnya pihak tertentu yang mahu memusnahkan Islam.
            Katanya umat Islam tidak akan memilih perpecahan sebaliknya memilih persefahaman dan juga perpaduan.
            “Inilah antra keisrimewaan dalam konsep perjuangan itu dan inilah yang diamalkan oleh umat Islam negara ini,” katanya lagi.
            Sebanyak lima ekor kerbau diqorbankan dimajlis tersebut.

Share |