Sunday, September 8, 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur.

  MESRA...Sapawi ditemani oleh Rosmawati dan Darus sedang berbual mesra dengan sebahagian pelajar tajaan Yayasan Sabah yang hadir dimajlis tersebut.
 SELERA. ..Sapawi bersama rosmawati dan Darus serta jemputan sedang menikmati jaudah aidilfitri di majlis tersebut
 CERIA...Sebahagian pelajar tajaan Yayasan Sabah Kelihatan begitu ceria di majlis tersebut.
  KENANGAN. ..Sapawi merakamkan kenangan bersama pelajar tajaan Yayasan Sabah yang belajar di Nilai Uneversiti.


AKRAB…Sapawi merakamkan kenangan bersama sebahagoan pelajar Yayasan Sabah yang hadir di majlis tersebut.

 KUALA LUMPUR: Pelajar tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung perlu sentiasa meningkatkan prestasi dalam pelajaran masing-masing.
Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata peningkatan prestasi itu penting kerana mereka merupakan pelajar contoh kepada pelajar di Sabah.
“Kita mahu pelajar di Semenanjung sentiasa mencatatkan prestasi cemerlang dan kejayaan itu akan turut dilihat dan dijadikan sebagai contoh kepada pelajar di Sabah,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yayasan Sabah bersama pelajar di perkarangan Rumah Yayasan Sabah di jalan Ampang di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korparat Kumpulan Yayasan Sabah Rosmawati Lasuki, Pengurus Kumpulan Kanan Pembangunan Pendidikan kumpulan Yayasan Sabah Darus Nasir, Pegawai Khas Ketua Setiausaha Negara Herman Abdul Hamid dan Pengurus Cawangan Yayasa Sabah Kuala Lumpur Zaidah Hussain.
Sapawi berkata Yayasan Sabah sentiasa mengharapkan agar pelajar tajaannya berupaya menjadi pelajar yang cemerlang dan mencapai kejayaan membanggakan.
Katanya kecemerlangan dan kejayaan itu mampu menyuntik semangat pelajar khususnya di Sabah untuk turut sama mencatatkan pencapaian yang sama seperti mereka.
Sehubungan dengan itu Sapawi berkata pelajar tersebut hendaklah tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan dan disediakan.
“Berusahalah mencatatkan keputusan yang cemerlang,” katanya dan menambah Yayasan Sabah sentiasa berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajarnya.
Beliau juga menasihatkan pelajar tersebut agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Katanya mereka perlu sentiasa fokus dan menumpukan kepada pelajaran


Share |