Sunday, September 8, 2013
Forum Perpaduan Rakyat Dalam Konteks Keharmonian Hidup Bermasyarakat
FORUM…Sapawi sedang berucap ketika
menjadi ahli panel forum Perpaduan dalam konteks keharmonian hidup
bermasyarakat.
DIHARGAI…Sapawi menerima
cenderakenangan daripada Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul di
majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Kerajaan tidak pernah
mengambil sikap mudah terhadap cubaan pihak tertentu yang mencetuskan
ketegangan kaum.
Exco Komunikasi dan Multimedia Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata meskipun
kejadian serius tidak berlaku namun ia tidak bermakna kerajaan bersikap ambil
mudah.
“Kita sentiasa memandang berat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu
yang cuba mencetuskan ketegangan kaum…pengawasan serius tetap menjadi
pendekatan kerajaan,” katanya pada program forum perpaduan rakyat dalam konteks
keharmonian hidup bermasyarakat di salah sebuah hotel terkemuka di sini
kelmarin.
Turut
sama menjadi ahli panel forum Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau
dan Dekan Sekolah Sains dan Sosial, UMS Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan.
Sapawi berkata cubaan pihak tertentu akan terus dikekang dan tidak akan
dibiarkan mempengaruhi rakyat.
Bagaimanapun Sapawi berkata kerajaan amat berbangga kerana majoriti rakyat
bersikap sangat rasional dalam setiap tindakan.
“Memang kita sedar ada yang terpengaruh tetapi bilangannya agak kecil kerana
majoriti rakyat lebih mengutamakan soal keharmonian dan perpaduan,” katanya.
Sehubungan dengan itu Sapawi berkata forum seumpama itu adalah landasan terbaik
dalam mencari fotrmula bagi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat terus
dapat diperkukuhkan dan dipermantapkan.