Tuesday, September 10, 2013

Perjumpaan Pengarah Bersama Pelajar Perubatan Tajaan Yayasan Sabah Di Mesir.

 CERIA…Sapawi bersama Darus dan Dr. Karim merakamkan kenangan dengan sebahagian pelajar perubatan tajaan Yayasan Sabah yang hadir pada perjumpaan tersebut.


BINCANG…Sapawi berbincang sesuatu kepada sebahagian pelajar perubatan tajaan Yayasan Sabah pada perjumpaan tersebut

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah akan berbincang dengan kerajaan berhubung dengan pelajar perubatan tajaannya di Mesir.
            Pengarahnya Datuk Sapawi Ahmad berkata perbincangan itu tentunya mengambilkira tentang pengajian pelajar berkenaan.
            “Kita akan berbincang dengan kerajaan dan keputusan yang diambil adalah berasaskan kepada keputusan dan nasihat yang dicapai pada perbincangan itu nanti,” katanya pada pertemuan dengan pelajar perubatan tajaan Yayasan Sabah di Mesir di Wisma Tun Mustapha sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengurus Kumpulan Kanan Pembangunan Pendidikan yayasan Sabah Darus Nasir, Setiausaha Koparat Kumpulan Yayasan Sabah Dr. Karim Samsuri dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Yayasan Sabah Mesir, Dr. Sabli Aliju.
            Sapawi berkata Yayasan Sabah juga akan turut mengemukakan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelajar berkenaan.
            Katanya pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh pelajar akan dikemukakan pada pertemuan itu nanti dan keputusannya pula akan dimaklumkan.
            “Kita akan turut mengemukakan pandangan dan cadangan pelajar kerana kita mahukan keputusan terbaik dicapai...apapun perbincangan dengan kerajaan dan keputusannya nanti adalah alternatif terbaik bagi memastikan pengajian pelajar tidak tergendala,” katanya.
            Menurutnya keadaan di Mesir pada ketika ini sememangnya merisaukan pelajar dan ibu bapa dan situasi itu sememangnya difahami oleh Yayasan Sabah. 
                Katanya Yayasan Sabah juga sentiasa berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapat maklumat mengenai keadaan di Mesir.
                “Ketika ini keadaan di Mesir sememangnya tidak membenarkan kita untuk menghantar pelajar ke sana...apapun Yayasan Sabah akan memastikan keputusan yang dicapai menerusi perbincangan dengan kerajaan adalah yang terbaik untuk pelajar.
                “Kita mahu semua pelajar dapat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan dan keputusan yang dicapai nanti akan dimaklumkan kepada semua pelajar,” katanya.
                Dalam pada itu Sapawi berkata kejadian yang berlaku di Mesir wajar dijadikan sebagai iktibar.
                “Kita wajar bersyukur kerana Malaysia memiliki barisan kepimpinan yang sentiasa mengutamakan keharmonian dan kemakmuran dan juga kesejahteraan,” katanya lagi.

a   

Share |