Sunday, September 15, 2013
Rasmi Mesyuarat Serentak Cawangan Umno Naluyan, Melalia dan Luagan Usuk Bahagian Sipitang.
MANTAP…Sapawi diperhatikan oleh Timbalannya Umno
Cawangan Naluyan Bongkol Amin (dua dari kiri) ketika menghadiri perasmian
mesyuarat tersebut.
SIPITANG: Kehadiran anggota parti dalam mesyuarat cawangan
memperlihatkan kesetiaan mereka terhadap perjuangan yang didokong oleh Umno.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata kesetiaan yang tinggi
terhadap perjuangan akan mendorong anggota parti untuk melakukan pengorbanan
tanpa memikirkan soal ganjaran.
“Hadir dalam mesyuarat merupakan pengorbanan anggota parti dan matlamat dalam
diri adalah untuk memastikan parti terus kuat dan mantap,” katanya pada
mesyuarat perasmian mesyuarat serentak Umno Kampung Naluyan, Melalia dan Luagan
Usuk dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada
majlis tersebut termasuklah Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Umno
Cawangan Melalia Jaafar Jalaf dan Ketua Umno Cawangan Luagan Usuk Hindun Harun
Sapawi yang juga Ketua Cawangan Umno Naluyan memberitahu pengorbanan yang
dilakukan oleh anggota parti itulah yang membolehkan Umno terus bertahan
sehingga ke hari ini.
Katanya pengorbanan itulah juga yang melambangkan kesetiaan anggota kepada
Umno.
“Parti tidak mungkin dapat bertahan jika anggota tifak mahu melakukan
pengorbanan atau melakukan pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu...perjuangan
kita bukan untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh rakyat,” katanya dan
menambah mesyuarat peringkat cawangan perlu dilihat sebagai perkara yang amat
penting.
Menurutnya tanpa adanya mesyuarat cawangan, mesyuarat pada peringkat bahagian
tidak mungkin dapat dilaksanakan.
“Bukan itu sahaja, mesyuarat cawangan juga melambangkan tentang kekuatan Umno
dan ia turut menambahkan lagi keyakinan serta kepercayaan rakyat kepada Umno,”
katanya lagi.
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata menerusi mesyuarat itulah
pelbagai perkara dibincangkan dan diputuskan bersama.
Katanya keputusan bersama itu tentunya akan menghasilkan sesuatu yang amat
bermakna buat semua anggota dan seterusnya Umno.
“Di sinilah kebijaksanaan yang dimiliki oleh anggota parti di mana perkara dibincangkan
bersama dan kemudiannya diputuskan bersama dan inilah juga keistimewaan yang
Umno miliki dan tidak mampu dimiliki oleh mana-mana parti,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sapawi melahirkan harapan agar anggota Umno Sipitang pada semua
peringkat akan terus melaksanakan perjuangan yang telah diamanahkan.
Katanya perjuangan kepada rakyat tidak pernah selesai dn masih perlu
diteruskan.