Tuesday, September 10, 2013

Projek InSPIRE 2 Yayasan Sabah

 JELAS…Sapawi diperhatikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah Jame Alip mendengar penjelasan daripada UMS Prof. Datuk Dr. Abdul Rahsid Mohamed modual projek InSPIRE 2 di majlis tersebut


DIHARGAI…Sapawi menerima laporan projek ke-2 InSPIRE daripada Prof. Datuk Dr. Abdul Rahsid Mohamed di majlis tersebut.



KOTA KINABALU: Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad menerima laporan akhir Projek InSPIRE 2 termasuk modul dan bahan pengajaran dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 September 2013. Penyerahan itu menandakan peringkat pertama projek InSPIRE 2 telah selesai.
Dekan Pusat Pangajian Ilmu USM merankap Ketua Projek InSPIRE 2 Prof. Dato' Dr Abdul Rashid Mohamed menyerahkan laporan itu kepada Datuk Sapawi di Pejabatnya di Wisma Innoprise.
InSPIRE yang bermaksud Sistem Bersepadu Arahan Alam Sekitar Luar Bandar adalah projek kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Sekolah Pendidikan USM. Projek ini haya dilaksanakan di Sabah dimana bahan-bahan dan modul pengajaran direka khusus untuk keperluan pelajar-pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar.
Datuk Haji Sapawi berkata, lebih RM 3 juta diperuntukkan terutamanya untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar di bawah projek InSPIRE 2 yang merangkumi penyelidikan, bahan-bahan kajian dan pelaksanaannya di sekolah-sekolah perintis.
Tambahnya, projek ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah-sekolah kawasan luar bandar di Sabah dengan menyediakan bahan dan modul pengajaran yang memberi tumpuan kepada kecekapan pendidikan pelajar. Aspek pengurusan sekolah yang meningkatkan kecemerlangan pendidikan akan turut diberi penekanan.
Projek InPSIRE 2 adalah kesinambungan daripada Projek InPSIRE pertama yang dijalankan pada 1977 sehingga 1996 yang telah membawa peningkatan terhadap prestasi sekolah terlibat berdasarkan maklum balas daripada pegawai-pegawai pendidikan dan guru-guru terlibat dalam projek ini. Penambahbaikan dalam peperiksaan UPSR juga adalah bukti keberkesanan projek tersebut.
Di bawah Projek InSPIRE 2, 6 sekolah di luar bandar akan diberi bahan-bahan pelajaran, pengajaran dan modul pengurusan untuk matapelajaran yang lemah ataupun guru yang kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sekolah terlibat ialah Sk Balimbang (Semporna), Sk Kubang Pinang (Semporna), Sk Ulu Sapi (Telupid), Sk Pekan Tongod ( Telupid), Sk Kg Bahagia (Nabawan) dan Sk Tetagas (Nabawan)..
Sekolah berkenaan dipilih berdasarkan prestasi akademik 3 tahun berturut-turut.
Berdasarkan modul tersebut, guru-guru akan mampu menyediakan asas yang kukuh dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai permulaan kemudian beralih kepada mata pelajaran Sains dn Matematik. Modul ini adalah berasaskan modul Kementerian Pendidikan Malaysia.-Oleh Unit Media Yayasan Sabah

    
Share |