Tuesday, September 3, 2013
Jangan Pilih Pemimpin Bermusim
SEMANGAT…Sapawi bersama
Mustapa dan Adnan melaungkan ‘Merdeka’ sempena perasmian mesyuarat tersebut.
MESRA…Sapawi bersalaman
dengan sebahagian ahli Umno yang hadir pada perasmian mesyuarat tersebut.
SIPITANG: Anggota UMNO pada semua peringkat harus tidak memberikan
tempat kepada pemimpin yang bermusim.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad
berkata keutamaan wajar diberikan kepada kualiti setiap anggota parti khususnya
mereka yang mahu menjadi pemimpin.
"Kualiti itu termasuklah keikhlasan dalam
menunaikan perjuangan parti...berjuang untuk parti dan rakyat dan bukannya
berjuang untuk kepentingan diri," katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO
Zon Bandar dan Marintaman di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Umno
Zon Bandar Ir. Mustapa Kassim, Ketua UMNO Zon Merintaman Adnan Puteh, AJK UMNO
Sipitang Ramli Awang Said dan Naib Ketua UMNO Sipitang Matbali Musah.
Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang berkata
pemimpin yang bermusim adalah mereka yang tidak ilkhlas dalam menerimapakai
perjuangan parti dan mempergunakan perjuangan itu untuk kepentingan diri
sendiri.
Menurutnya mereka juga hanya akan timbul apabila
ada pemilihan pada peringkat parti dan selepas itu akan menghilang sehinggalah
pemilihan yang lain tiba.
"Ini bukan yang dikehendaki oleh parti
sebaliknya pemimpin yang harus diberikan peluang itu adalah mereka yang
sentiasa ada dan melaksanakan serta menunaikan perjuangan parti dengan
amanah," katanya dan menambah cawangan UMNO memainkan peranan penting
dalam menentukan kepimpinan.
Katanya kepimpinan yang ikhlas dalam perjuangan
akan memastikan UMNO terus bergerak kukuh "tetapi ianya akan menjadi
sebaliknya apabila yang dipilih itu adalah mereka yang mengamalkan budaya
bermusim."
Menurutnya pemilihan parti terbuka kepada
anggota UMNO kerana sistem demokrasi yang diamalkan tetapi anggota parti
mempunyai hak untuk memilih melalui pendekatan penilaian.
Penilaian itu, katanya hendaklah menumpukan
kepada kualiti yang dimiliki "dan elak daripada memilih pemimpin yang
bermusim."