Thursday, August 8, 2013
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Sapawi…Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman adalah
antara pemimpin yang dijangka hadir pada majlis rumah terbuka UMNO Sipitang
sempena perayaan Aidilfitri pada Ahad 18 Ogos ini.
Ketua Umno Bahagian
Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ketua menteri akan turut menyertai rakyat
Sipitang bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
"Ketua Menteri dijangka akan meluangkan masa pada
majlis tersebut bagi beramah mesra dengan rakyat Sipitang," katanya ketika
ditemui pemberita di sini kelmarin.
Sambil
mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam, Sapawi
berkata Aidilfitri merupakan perayaan yang amat bermakna buat umat Islam.
Sapawi berkata rumah terbuka UMNO Sipitang iu bermula pada jam 10
pagi sehingga jam 2 petang dan orang ramai dalah dijemput untuk hadir.
Katanya majlis terebut dianjurkan bersama dengan Petronas
di dewan Sipitang dan kehadiran ketua menteri juga adalah untuk merakamkan
penghargaan kepada rakyat Sipitang kerana terus memastikan Sipitang sebagai
salah satu kubu kuat Barisan Nasional.
Dalam pada itu, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang
berkata rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Sipitang bersama ADUN Lumadan
diadakan pada Ahad 11 Ogos ini di dewan Lumadan.
Katanya majlis itu memberikan peluang kepada rakyat Lumadan
yang mungkin tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis rumah terbuka di
Sipitang.
Menurutnya majlis itu juga dijangka akan dihadiri oleh beberapa
pemimpin daripada parti komponen BN.