Monday, August 5, 2013

Majlis Iftar Ramadhan Parlimen Sipitang Bersama YADIM Sabah.

 IKHLAS...Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah ibu yang layak menerima di majlis tersebut.
 PRIHATIN...Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di majlis tersebut.
B)
 MERIAH...Sapawi dan Ahmad serta tetamu jemputan yang hadir di majlis tersebut.
 SUMBANGAN...Sapawi menyampaikan sumbangan zakat fitrah kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.


CERIA...Sebahagian tetamu yang hadir di majlis tersebut.

SIPITANG: Pertelegahan dan perbalahan yang berpanjangan tidak memberikan sebarang keuntungan sebaliknya memberi kesan negatif kepada umat Islam sendiri.
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata pertelegahan dan perbalahan itu sepatutnya diselesaikan menerusi semangat kekeluargaan seperti yang disarankan oleh Islam sendiri.
"Tiada sebarangan keuntungan yang akan diterima sebaliknya ia memberi kesan negatif bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada generasi akan datang," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Haji Hashim di sini kelmarin.
Majlis anjuran bersama Pejabat Parlimen Sipitang bersama YADIM dan Masjid Haji Hashim turut dihadiri oleh Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pengarah YADIM Sabah Samin Ungki, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Iman Daerah Sipitang Rafahi Salleh, Penaung Anak-Anak Yatim Pekan Sipitang Datuk Yusuf Kassim dan AJK Umno Sipitang yang juga Dermawaan Ir. Mustapa Kassim.
Sapawi berkata pertelegahan dan perbalahan itu akan menghalang umat Islam untuk membina serta memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan.
Menurutnya persefahaman dan perpaduan tidak mungkin dapat dilahirkan "dan jika ini berlaku ia bakal membawa kemunduran kepada umat Islam sendiri."
Beliau berkata kemunduran umat Islam salah satu faktornya berlaku kerana kesukaran untuk membina persefahaman dan juga perpaduan.
Katanya umat Islam pada ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah usaha pihak tertentu untuk membangkit kemarahan di kalangan umat Islam sendiri.
"Pihak itu menggunakan pelbagai cara termasuklah media maya...mereka sengaja menjadikan sesuatu yang membangkitkan kemarahan umat Islam dan jika ini berlaku sudah tentu akan wujud pertelegahan,perbalahan dan perpecahan," katanya dan menambah pihak tersebut mahu perkara negatif itu berlaku kerana ia membuka ruang kepada mereka untuk menghancurkan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati rakyat.
Sehubungan dengan itu Sapawi berharap umat Islam tidak akan membiarkan sebarang pertelegahan dan perbalahan akan berpanjangan.
Katanya amat penting pertelegahan dan perbalahan itu dihentikan dan fokus kepada soal persefahaman dan perpaduan.


Share |