BERTUAH…Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan hadiah
pengunjung bertuah Samsung S4 kepada salah seorang pengunjung bertuah dimajlis
tersebut.
SOKONGAN PADU…Sebahagian ribuan pengunjung yang menghadiri majlis
tersebut.
PRIHATIN…Musa bersama Sapawi Dan CEO Chemical Group (PCG) Petronas
merakamkan kenangan bersama sebahagian
pelajar parlimen Sipitang yang menerima tajaan khas oleh Petronas.
SUMBANGAN…Musa dan Sapawi serta CEO Petronas merakamkan kenangan
bersama pemimpin masyarakat setempat yang menerima sumbangan khas daripada
Petronas.
MANTAP…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad dan pimpinan Umno
Sipitang mengaminkan doa sempena majlis tersebut.
KEMERIAHAN sememangnya
terasa apabila hampir 6,000 mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri UMNO, Barisan
Nasional (BN) Sipitang dan Petronas di dewan masyarakat Sipitang kelmarin namun
paling bermakna, kehadiran itu memperlihatkan betapa hebatnya perpaduan dan
persefahaman di kalangan rakyat khususnya di Sipitang sendiri.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merupakan tetamu pada majlis
tersebut dan kehadiran beliau ternyata menceriakan lagi majlis tersebut di mana
rakyat mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri.
Tiga pemimpin Datuk Sapawi Ahmad (Ahli Parlimen Sipitang), Datuk Kamarlin Ombi (ADUN Lumadan) dan Ahmad Bujang (ADUN
Sindumin) hadir sebagai tuan rumah dan turut menjadi penyambut tetamu kepada
rakyat yang hadir pada majlis tersebut.
Sapawi ketika ditemui berkata kehadiran rakyat pelbagai kaum itu memperlihatkan
utuhnya perpaduan dan persefahaman.
“Kita dapat lihat semua yang hadir begitu ceria dan sama-sama memeriahkan
majlis rumah terbuka ini...Aidilfitri merupakan perayaan kepada umat Islam
tetapi kemeriahan menyambut perayaan itu turut diceriakan oleh mereka yang
bukan beragama Islam.
“Ini keistimewaan yang kita miliki dan ia juga memperlihatkan dengan jelas
bahawa rakyat mahukan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati
berpanjangan,” katanya lagi.
Sapawi yang juga pengerusi BN Sipitang dan Ketua UMNO Sipitang memberitahu
majlis itu juga memberikan kesempatan kepada rakyat bagi menyambut perayaan itu
bersama-sama dengan pemimpin khususnya ketua menteri.
Menurutnya rakyat kelihatan teruja dengan kehadiran ketua menteri dan majlis
ini adalah ruang terbaik kepada mereka bukan setakat untuk menyampaikan ucapan
perayaan tetapi bersama-sama meraikan Aidilfitri.
Beliau berkata rakyat sememangnya menunggu majlis seumpama itu untuk
bersama-sama pemimpin bagi meraikan sambutan Aidilfitri.
“Majlis ini telah menjadi acara tahunan dan ini bukan kali pertama kita
anjurkan...rakyat sememangnya menunggu majlis ini kerana mereka mahu meraikan
Aidilfitri dengan pemimpin dan inilah juga ruang kepada mereka untuk menyatakan
terima kasih dan bersyukur dengan perjuangan BN yang amat mementingkan soal
persefahaman dan perpaduan rakyat,” katanya lagi.
Majlis yang diserikan dengan telatah lucu daripada artis tempatan Abu Bakar
Ellah atau lebih dikenali sebagai Ampal yang menjadi pengacara, turut dihadir
oleh beberapa pelancong asing yang turut merasa kagum dengan perpaduan dan
persefahaman yang diperlihatkan oleh rakyat pelbagai kaum.
a