PELEPASAN…Sapawi
diperhatikan Ahmad dan Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul melepaskan
konvoi kembara merdeka jalur gemilang.
SERAH…Sapawi menyerahkan
jalur gemilang kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh
di majlis tersebut.
KEMPEN…Sapawi
menyerahkan jalur gemilang kepada salah seorang peniaga tempatan bagi kempen
mengibarkan jalur gemilang di majlis tersebut.
SEMARAK…Sebahagian
pelajar-pelajar sekolah yang hadir di majlis tersebut.
MESRA…Sapawi diiringi
oleh Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul bersalaman dengan orang ramai di
majlis tersebut.
SIPITANG: Pergolakkan yang berlaku di beberapa buah negara wajar
dijadikan teladan kepada rakyat negara ini dalam mempertahankan kedaulatan
kemerdekaan negara.
Exco Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah
Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat negara ini perlu menyedari bukan mudah untuk
mencapai kemerdekaan dan apabila tercapai bukan sesuatu yang mudah untuk
mengisinya.
"Semangar patriotik yang tinggi tentu
sahaja tidak bermakna jika kita tidak memahami sejarah perjuangan dalam
mencapai kemerdekaan dan melupakan perancangan dan usaha kerajaan dalam mengisi
kemerdekaan negara," katanya pada majlis pelancaran Kembara Merdeka Jalur
Gemilang dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat negeri di Esplanad Sipitang sini
kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut Adun Sindumin Ahmad
Bujang, Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul, Pengarah JASA Sabah Manap
Lakariba, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Ariffin Rukut dan Pemimpin Kemajuan
Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh.
Beliau berkata ramai yang beranggapan semangat
patriotik itu diperlihatkan dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang tetapi lupa
akan sejarah perjuangan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Katanya amat penting rakyat khususnya generasi
muda mengetahui akan sejarah perjuangan kemerdekaan dan segala usaha serta
perancangan Kerajaan Barisan Nasional dalam mengisi kemerdekaan negara.
Menurutnya rakyat tidak mungkin menikmati
kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran jika kerajaan tidak mementingkan soal
kemerdekaan negara dan hanya mementingkan diri sendiri.
"Kerajaan melakukan apa sahaja bagi memastikan
kedaultan kemerdekaan negara tidak terhapus dan semua ini dilakukan adalah
untuk rakyat," katanya dan menambah ketika ini terdapat usaha pihak
tertentu yang mahu mempergunakan rakyat untuk menghancurkan negara.
Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang memberitahu
pihak tersebut mempergunakan pelbagai isu termasuklah mempertikaikan cara
kerajaan dalam menyambut Hari Kemerdekaan.
Beliau berkata pihak tersebut sebenarnya mahu
melihat negara ini bergolak dan akhirnya kehilangan kemerdekaan seperti yang
berlakukan di beberapa buah negara.
"Macam-macam mereka utarakan dan kita
berharap rakyat tidak akan mudah dipengaruhi," katanya dan menambaj
sasatan utama pihak tersebut adalah generasi muda.
Katanya pihak tersebut menjadikan generasi muda
sebagai sasaran kerana golongan itu boleh dialpakan dengan pelbagai corak dalam
bentuk hiburan.
"Perkara inilah yang sepatutnya kita awasai
dan sejarah perjuangan kemerdekaan perlu terus didedahkan kepada generasi muda
agar mereka tahu betapa bernilainya kedaulatan kemederkaan negara,"
katanya lagi.