SOKONGAN PADU…Sebahagian penyokong-penyokong BN
yang memenuhi ruang khas untuk berarak ke pusat penamaan calon di majlis
tersebut.
MERIAH…Sebahagian penyokong-penyokong BN berarak
mengiringi calon-calon BN
di majlis
tersebut
TATAP…Calon-calon BN Sapawi, Kamarlin dan Ahmad
sedang berarak bersama penyokong-penyokong BN menuju ke pusat penamaan calon..
CERIA…Sapawi bersalaman dengan penyokong-penyokong
BN sejurus selesai penamaan calon di majlis tersebut.
DOA…Iman Daerah Rafahi Salleh membacakan doa
bersama-sama calon dan penyokong BN sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
SIPTANG : Kerusi Parlimen P.178 Sipitang menyaksikan
persaingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat
(PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu pada 5 Mei depan.
Penyandang BN Kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad
ditentang oleh Kamis Daming (SAPP) dan Ramle Bin Dua @ Ramli Bin Dua Lee (PKR).
Kamis mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.12 pagi
diikuti oleh Sapawi pada jam 9.18 pagi dan diikuti oleh Ramle.
Manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan
pula akan menyaksikan perlawanan enam penjuru.
Tiga calon dari parti pembangkang iaitu Abdul Rahman Md
Yakub dari PKR, Mohd Jaafar Ibrahim (STAR) dan Jamain Sarudin (SAPP) serta dua
calon bebas, Rapahi Edris dan Saudi Suhaili yang akan menentang penyandang
kerusi Lumadan, Datuk Kamarlin Bin Ombi dari BN.
Jamain mengemukakan kertas pencalonan pada 9.22 pagi diikuti
oleh Rapahi 9.26 pagi, Kamarlin 9.31 pagi, Jaafar 9.40 pagi, Saudi 9.47 pagi
manakala Abdul 9.55 pagi.
Sementara itu bagi kawasan Dun Sindumin pula, akan
menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang kerusi Sindumin, Ahmad
Bin Bujang dari BN, Harunsah Bin Ibrahim (PKR), Amde@Hamidi Bin Sidik (SAPP)
dan Semion@Fred Semion Bin Sakai dari (STAR).
Amde menyerahkan kertas pencalonan pada jam 9.16 pagi
diikuti oleh Ahmad 9.23 pagi, Harunsah 9.29 pagi dan Semion 9.45 pagi.
Nama calon-calon yang akan bertanding pada 5 Mei ini telah
diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kawasan Sipitang, Latip Amat di
perkarangan Dewan Serbaguna Sipitang.
Kawasan Parlimen Sipitang mempunyai sejumlah 29177 pengundi
di mana 15400 adalah juga pengundi DUN Sindumin dan selebihnya DUN Lumadan.
Calon BN bagi Parlimen Sipitang yang juga penyandang
kerusi tersebut Datuk Sapawi Ahmad
melahirkan keyakinan bahawa rakyat akan mengekalkan sokongan kepada BN untuk
parlimen dan juga dua DUN.
“Kita yakin rakyat tidak akan beralih arah sebaliknya
akan terus memberikan sokongan kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas
penamaan calon di pusat penamaan calon di dewan di sini kelmarin.
Sapawi berkata rakyat tidak mungkin berubah kerana BN
sudahpun membuktikan perjuangan yang sebenar.
Katanya perjuangan BN adalah berasaskan kepada
kepentingan dan keutamaan rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu.
Menurutnya apa yang diperjuangkan oleh BN membolehkan
rakyat menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran.
Malah, katanya manifesto BN juga telah digantikan
kepada aku janji di mana BN akan melaksanakan apa yang tercatat dalam manifesto
itu.
“Ia bukan manfiesto semata-mata tetapi ia adalah aku
janji dan rakyat yakin dengan apa yang diperkatakan oleh BN,” katanya dan
menambah, rakyat sendiri telah melihat bukti jelas apa yang telah dilakukan oleh
BN.
Beliau memberitahu BN mengotakan apa yang dijanjikan kerana kepentingan rakyat
perlu diutamakan.
a