Friday, April 26, 2013
BN Tidak Pernah Restui Anggotanya Tanding Tiket Bebas Atau Pembangkang
MESRA…Sapawi bersama Calon BN Dun
Lumadan Kamarlin Ombi bersalaman dengan sebahagian jentera BN PRU Parlimen
Sipitang PDM Pekan Weston di majlis tersebut.
BEAUFORT: Barisan Nasional (BN)
tidak pernah merestui mana-mana anggotanya untuk bertanding atas tiket Bebas
mahupun pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketua
Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata tiada kepimpinan BN yang
menyokong tindakan tersebut dan sebaliknya menyifatkan tindakan beberapa
anggota BN sebagai pengkhianat perjuangan parti.
"BN malah Umno sendiri tidak pernah merestui
mana-mana anggotanya untuk bertanding atas tiket Bebas mahupun
pembangkang...usaha terpengaruh dan tergoda dengan dakwaan beberapa calon yang
merupakan bekas anggota BN yang mendakwa mereka mendapat restu daripada
kepimpinan BN," katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM)
Lingkungan, Weston dan Lubok Weston dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklaj calon BN Dun
Lumadan Kamarlin Ombi, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Ketua PDM
Lingkungan Ahmad Mumin, Ketua PDM Weston Abdul Lajis Lajim dan Ketua PDM Lubok
Mustapa Musa
Sapawi yang juga calon BN Parlimen Sipitang berkata
anggota yang bertanding atas tiket Bebas mahupun pembangkang secara
automatiknya bukan lagi menjadi anggota mana-mana parti komponen termasuklah
Umno.
"Kita tidak pernah merestui tindakan itu dan Umno
malah BN adalah parti yang lebih mengutamakan kualiti berbanding dengan
kuantiti.
"Perjuangan Umno dan BN adalah berasaskan kepada
keikhlasan dan kejujuran dan mereka bukannya anggota parti yang
berkualiti...mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri
sendiri," katanya lagi.
Menurutnya
rakyat malah anggota parti harus menolak anggota seumpama ini kerana jelas
perjuangan mereka bukan untuk rakyat sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri.