Saturday, April 27, 2013

Laksanakan Tanggungjawab Dengan Penuh Keikhlasan dan Amanah.

 INTIM…Sapawi bersalaman dengan sebahagian jentera pilihan raya PDM suasa ketika melawat markas tersebut.
  AMANAT…Sapawi menyampaikan amanat ketika melawat PDM pilihan raya markas Lupak bagi Dun N.27 Lumadan.
 SEMANGAT…Sapawi dan Kamarlin bersama pimpinan markas PDM Lupak melaungkan ‘Tatap BN’ di majlis tersebut.
 SOKONGAN…Sapawi bersalam dengan sebahagian gerak gempur Pemuda BN ketika melawat markas PDM Beaufort Selatan


 TATAP…Sapawi dan Kamarlin melauangkan ‘Tatap BN’ penuh semangat dengan sebahagian pimpinan jentera PDM Gadong di majlis tersebut.

BEAUFORT: Laksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan amanah.
            Nasihat itu dilontarkan oleh Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sipitang Datuk SapawiAhmad kepada jentera pilihan raya BN bagi pusat daerah mengundi Lupak, Gadong dan Suasa dekat sini kelmarin.
            Hadir sama pada lawatan tersebut termasuklah Calon N.27 Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Ketua PDM Lupak Saidi Manan, Ketua PDM Gadong Marof Juslim, PDM Beaufort Selatan Yusuf Kahar dan Ketua PDM Suasa  Billeh Untol.
            Sapawi memberitahu keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan perjuangan parti penting bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dipertingkatkan serta diperkukuhkan.
"Sekarang bukan lagi masa untuk kita mempersoalkan apa yang telah kita sumbangkan sebaliknya sekarang adalah masa untuk kita memastikan rakyat tidak salah membuat pilihan," katanya.
            Sapawi yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Parlimen Sipitang memberitahu setiap anggota parti mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan dan apa yang penting ialah rakyat tahu bahawa hanya BN sahaja yang sentisa meletakkan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat pada tempat yang paling utama.
            Katanya salah satu tanggungjawab itu ialah memperjelaskan apa seharusnya diketahui oleh rakyat mengenai perjuangan parti.
            "Setiap masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan semangat kesetiakawan dan bukannya disimpan bagi dijadikan sebagai dendam...ini amat merugikan dan kesannya turut terpalit kepada rakyat," katanya lagi.
            Menurutnya setiap tindakan hendaklah dibuat dengan bijaksana dan ianya haruslah mengikuti apa yang digariskan oleh parti.
            "Perjuangan parti adalah untuk rakyat dan kita memikul tanggungjawab itu hendaklah melaksanakannya dengan amanah dan ikhlas," katanya lagi.


Share |