Wednesday, January 23, 2013
Bantuan Awal Persekolahan RM100 Di SK Gadong, Beaufort.
BEAUFORT: Hanya rakyat negara ini
yang menikmati pelbagai bantuan daripada kerajaan yang begitu prihatin dan
sentiasa menepati janji.
Ahli
Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bantuan yang diberikan oleh
Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di
negara lain.
"Kerajaan BN bukan kerajaan yang membohongi rakyat
tetapi BN adalah kerajaan yang bukan sahaja prihatin terhadap rakyat malah
sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat terus sejahtera, harmoni dan
makmur," katanya pada majlis penyerahan bantuan khas persekolahan RM100
bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Gadong di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan
datuk Kamarlin Ombi, Pegawai pelajaran Beaufort Salleh Eddris dan Guru Besar
S.K Gadong Maaruf Juslim.
Sapawi memberitahu apa yang dilakukan oleh BN kepada
rakyat juga tidak mampu dilakukan oleh pembangkang.
Katanya pembangkang sebenarnya yang suka membohongi
rakyat dan sentiasa menabur pelbagai janji yang tidak pernah untuk ditunaikan.
Menurutnya rakyat negeri ini boleh melihat dengan apa
yang berlaku di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pembangkang.
Beliau berkata rakyat negeri itu telah ditabur pelbagai
janji oleh pembangkang "namun sehingga sekarang janji itu tidak ditunaikan
dan sebaliknya mereka telah ditaburkan lagi dengan pelbagai janji."
"Rakyat yang bijak sudah tentu akan mengekalkan BN
sebgai kerajaan kerana BN sudahpun membuktikan kemampuan yang sebenar...jangan
kita dikelirukan kan dan dipergunakan oleh pembangkang yang sebenarnya berjuang
untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat," katanya.
Beliau memberitahu bantuan khas RM100 itu adalah
sebahagian daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan
bebanan rakyat dan memastikan tiada generasi akan terhalang daripada menikmati
pendidikan.
Selain menikmati bantuan RM100, katanya, pelajar menengah
tinggi dan institusi pengajian tinggi akan menerima BB1M (baucar buku 1
Malaysia).
"Semua ini adalah kerana kerajaan BN mahu agar generasi
muda terus menikmati pendidikan dan menggilap kemahiran dalam pendidikan,"
katanya.
Beliau juga berkata rakyat pula yang berpendapatan
dibawah RM3,000 pula akan menerima BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) yang akan
diberikan tidak lama lagi.
"Inilah kerajaan BN yang bukan sahaja prihatin
terhadap rakyat tetapi kerajaan yang sentiasa menepati janjinya untuk
rakyat," katanya lagi.