SAPAWI bersama kamarlin dan Ahmad menaiki kereta
berhias bagi menyemarakan sambutan Hari Malaysia pada malam tersebut.
SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad bersama ribuan
pengunjung menghadiri malam sambutan Hari Malaysia Sipitang.
GURU Besar S.K Melalia Kasa Saidi bersama
pelajar sekolah yang menyertai perarakan ‘Tanglung’ di malam tersebut.
SAPAWI diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad
menyampaikan hadiah kepada Ganit Sanai mewakili SMPO 2 Sipitang yang memenangi
pertandingan di malam tersebut.
PERCIKAN bunga api selama setengah jam mengamit
ribuan penonton yang hadir.
ESPLANDE Sipitang yang menjadi salah satu mercu tanda kemajuan dan
pembangunan di Sipitang, dibanjiri lebih 10,000 orang untuk bersama-sama
menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia peringkat daerah Sipitang 16 September
lalu.
Kehadiran ramai itu bukan sekadar memeriahkan sambutan tetapi ia turut
membuktikan betapa rakyat Sipitang sememangnya memiliki semangat patriotisme
yang tinggi dan amat membanggakan.
Semangat patriotisme itu juga membuktikan bahawa rakyat Sipitang sememangnya mahu
keharmonian dan kemakmuran negara terus dinikmati dengan Barisan Nasional (BN)
kekal sebagai kerajaan.
Seperti kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, semangat itulah juga
membolehkan kemerdekaan negara ini terus kekal.
“Kita berbangga dengan semangat yang diperlihatkan oleh rakyat dan ini
membuktikan usaha BN dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara terus
dinikmati mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya pada sambutan Malam
Merdeka di Esplande Sipitang.
Katanya dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran dinikmati, BN juga akan
terus berusaha memastikan kemerdekaan negara tidak akan dimusnahkan oleh
pihak-pihak tertentu yang membawa anasir-anasir jahat kepada rakyat.
“BN tidak akan berdiam dan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan
kemerdekaan negara terus kekal dan semua ini adalah untuk rakyat pelbagai
kaum,” katanya lagi.
Menurutnya rakyat perlulah sentiasa berwaspada agar tidak dipengaruhi oleh
pihak tertentu terutamanya pembangkang.
Katanya pembangkang melakukan apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat termasuklah
cuba menghebahkan fakta salah terhadap sejarah pejuang kemerdekaan.
Selain itu Sapawi berkata pembangkang juga sanggup melaga-lagakan rakyat
pelbagai kaum dengan membangkitkan isu-isu perkauman.
“Ini bukan yang kita mahukan...keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati rakyat
akan dipertahan dan dipertingkatkan oleh BN,” katanya lagi.
Pada malam sambutan itu Sapawi bersama-sama wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang
dan wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi turut bersama-sama rakyat
menjayakan perarakan.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut menaiki kereta berhias bagi menyemarakkan
semangat kemerdekaan dan diceriakan dengan perarakan tanglung.
Pada malam itu juga pengunjung telah dihiburkan
oleh artis-artis Pentarama (Jabatan penerangan) serta artis jemputan Lotter AF
dan ‘The Greates Papet’ di datangkan khas daripada Wilayah Persekutuan Labuan
disamping pertandingan lagu-lagu patriotik.
Percikan bunga api selama setengah jam telah mengakhiri program
tersebut