Saturday, September 22, 2012

Merdekaraya Taman Sri Panglima, Beaufort.

 BERTUAH…Sapawi diperhatikan olehKamarlin dan Jimran menyampaikan hadiah kepada pngunjung bertuah di majlis tersebut.
  MERIAH…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut
 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan set jersi dan bola kepada wakil belia di majlis tersebut.
  SEMBOLIK…Sapawi dan Kamarlin menanam pokok sebagai tanda sembolik pembinaan surau baru Taman Sri Panglima, Beaufort.


  MANTAP…Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama AJK pelaksana program tersebut.

BEAUFORT: Semangat kejiranan tetangga bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi perlu dipastikan berpanjangan.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ia penting bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman terus dinikmati oleh penduduk setempat.
            “Semangat kejiranan ketika ini semakin terhakis dengan sikap kita yang lebih mengutamakan kepentingan diri,” katanya pada majlis Merdeka Raya Taman Sri Panglima di sini kelmarin.
                Hadir sama pada majlis yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, pengerusi pengelola Jimran Mat Kahar dan Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah.
            Sapawi berkata sesibuk manapun seseorang itu semangat kejiranan perlu ada dan ia juga perlu untuk dipertahankan.
            Katanya sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja menjauhkan seseorang itu daripada masyarakat malah ianya juga boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman tergugat.
            “Tiada siapa di antara kita yang tidak mahu menikmati kehidupan yang tenteram dan harmoni tetapi ia tidak mungkin dapat kita rasai jika sikap pentingkan diri lebih diutamakan.
            “Agak menyedihkan jika kita tidak mengenali jiran di sebelah dan budaya ini tidak harus diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya dan menambah soal keharmonian dan kententeraman tidak harus hanya disandarkan kepada pihak berkuasa semata-mata.
            Menurutnya keharmonian dan ketenteraman adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya kepada pihak berkuasa.
            Beliau berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menggalakkan agar rakyat meningkatkan semangat kejiranan.
            Katanya semangat kejiranan tersebut dapat mewujudkan permuafakatan antara penduduk setempat tanpa mengira kaum dan anutan agama.
            “Permuafakatan akan dapat membantu mengatasi apa juga masalah yang ada,” katanya lagi.
            Sementara itu Sapawi juga berkata Kerajaan BN mengingati apa yang telah dijanjikan dan akan mengotakannya.
            Katanya kelulusan bagi membina surau baru di taman tersebut adalah bukti apa yang dijanjikan telah dikotakan.
            “Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah meluluskan peruntukan RM190 ribu bagi pembinaan surau baru taman ini,” katanya.

Share |