Sunday, November 17, 2013

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Beaufort Di Kg. Lawa.

 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Shaid menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena majlis tersebut.
 CERIA…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Shaid menyampaikan sijil penghargaan kepada sijil penghargaan kepada Pengerusi Masjid Linkungan, Beaufort di majlis tersebut.
 DIHARGAI…Sapawi bersama Kamarlin dan Shaid sedang menyampaikan bunga telur dan cenderahati kepada salah seorang daripada 50 peserta khitan di majlis tersebut.
    MERIAH…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.


SEMANGAT…Sapawi bersama Kamarlin dan Shaid sedang memberi kata-kata semangat kepada salah seorang peserta khitan di majlis tersebut.

 BEAUFORT: Umat Islam disaran agar terus memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan yang sedia ada.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata umat Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bukan sahaja mampu menggugat keimanan diri tetapi boleh mencetuskan kekecohan.
            “Kita harus sedar bahawa musuh Islam sentiasa berusaha untuk mewujudkan kekecohan agar kita berpecah-belah...mereka menggunakan pelbagai cara,” katanya pada sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Beaufort di Kampung Lawa dekat sini kelmarin.
            Menurutnya selain menggunakan media maya, musuh Islam juga menggunakan perbezaan ideologi politik yang berbeza di kalangan umat Islam.
            Katanya mereka mencetuskan pelbagai perkara dan isu yang mampu membangkitkan kemarahan umat Islam.
            “Musuh Islam semakin berani dan ini tidak bolej dibiarkan tetapi umat Islam tidak boleh menentang secara bersendirian sebaliknya melalui persefahaman dan perpaduan...inilah pendekatan terbaik kepada kita menangani strategi musuh itu,” katanya lagi.
            Sambil meminta umat Islam menghayati sambutan itu, Sapawi menegaskan umat Islam akan berpecah-belah jika bersikap tidak peduli ataupun berdiam diri.
            Beliau berkata perpecahan di kalangan umat Islam akan mempermudahkan lagi musuh Islam itu untuk bertindak.
            “Tetapi tindakan yang kita lakukan bukan menerusi keganasan sebaliknya menerusi pendekatan yang berhikmah di mana kita perlu mengutamakan persefahaman dan juga perpaduan,” katanya lagi.
            Menurutnya umat Islam juga perlu menjadikan sambutan itu sebagai landasan untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan juga kecemerlangan.
            Katanya menerusi persefahaman dan perpaduan yang erat dan kukuh, umat Islam mampu memastikan kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Pengerusi Badan Dakwah Beaufort merangkap Penolong Pegawai Daerah Beaufort  Mohd  Shaid Othman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Junli Yusuf, Pengerusi Penganjur Jamaludin Musleh dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah.

a

Share |