Sunday, July 21, 2013

Sapawi-Kempen Semakin Rancak PRK Dun Kuala Besut

 Kelihatan dalam gambar Sapawi diperhatikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Amirzan Mohd Ali (kiri) dan Mohd Joh Wid bersalaman dengan Menteri Pelajaran II, Datuk Idris Jusoh, yang juga Ahli Parlimen Besut ketika mengetuai jentera UMNO Sabah ke Command Center BN Kuala Besut.
AMANAH PARTI...Kempen untuk memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi dan mengekalkan kerusi Dun Kuala Besut pada pilihan raya kecil semakin rancak dan turut tidak ketinggalan bagi memenangi hati rakyat adalah jentera daripada UMNO Sabah.
Jentera UMNO Sabah diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad yang ditugaskan untuk memenangi hati rakyat dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seberang Barat telah melaksanakan pelbagai rancangan dalam mendekati rakyat.
Selain itu, jentera UMNO Sabah turut menjalinkan hubungan bagi bertukar-tukar maklumat dan pandangan dengan jentera parti yang lain.
Share |