Wednesday, July 31, 2013
Majlis Iftar Ramdhan Kolej Yayasan Sabah.
SUMBANGAN…Sapawi bersama
Kamal diperhatikan oleh Rosmawati dan Dr. Dayang menyampaikan sumbangan beg
sekolah dan duit raya kepada kanak yang berhak di majlis tersebut.
KENANGAN…Sapawi dan
kamal serta anak-anak miskin merakamkan kenangan di majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Komitmen Yayasan
Sabah terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini jelas kelihatan apabila
diumumkan mengenai penubuhan Kolej Universiti Yayasan Sabah (KUYS).
Pengumuman
itu dinyatakan oleh pengarahnya, Datuk Sapawi Ahmad pada Majlis Iftar Ramadhan
Kolej Yayasan Sabah di sini kelmarin.
Hadir
sama pada majlis tersebut termasuklah Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn Bhd
Datuk kamal Quadra, Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan perkhidmatan
Koparat yayasan Sabah Rosmawati Lasuki, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Sabah Dr.
Dayang Aminah Ali dan Dekan Hal Ehwal Pelajar KYS Albumin Saimin.
Sapawi berkata KUYS ditubuhkan bagi memberikan peluang
kepada generasi negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi.
"Kita mahu membuka ruang dan peluang kepada pelajar
negeri ini untuk melanjutkan pengajian di IPT...pada masa yang sama kita dapat
mengurangkan keciciran pelajar negeri ini yang gagal mendapat tempat ke
IPT," katanya lagi.
Katanya penubuhan KUYS itu adalah berdasarkan kepada
kesedaran di mana terdapat pelajar negeri ini yang gagal dalam persaingan
mendapatkan tempat dalam IPT.
Sekaligus penubuhan KUYS tentunya dapat memastikan
peluang pelajar negeri ini semakin terbuka, katanya lagi.
Beliau berkata Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan kekal
dengan peranan yang sedia ada dan akan bekerjasama dengan KUYS dalam memastikan
pembangunan pendidikan diteruskan.
Katanya Yayasan Sabah akan terus berusaha memastikan
pelajar negeri ini akan terus digilap dan berpeluang untuk melanjutkan
pengajian di IPT.
"KYS dan KUYS itu nanti akan membantu melahirkan
generasi masa depan yang berpendidikan dan berkemahiran dan pembangunan
pendidikan akan terus menjadi agenda utama Yayasan Sabah," katanya.
Sambil melahirkan rasa bangga dengan pencapaian KYS,
Sapawi berkata pencapaian tersebut perlukan terus dipertingkatkan dan usaha
melahirkan modal insan yang berilmu perlu diteruskan.-Oleh Dzul Mohd Kassim.
a