TETARIK…Musa
diperhatikan oleh Sapawi, Kamarlin dan Ahmad melihat majalah edisi khas
Parlimen Sipitang sempena PRU ini.
SOKONGAN PADU…Sebahagian
jentera pilihanraya jalinan rakyat Parlimen Sipitang yang hadir di majlis
tersebut.
MANTAP…Sebahagian ribuan
penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
JANJI DITEPATI…Musa
diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan geran bagi penduduk Lumadan
kepada Ketua Daerah Lumadan Junli Yusof di majlis tersebut.
KELUAR PARTI…Musa
diperhatikan oleh Sapawi, Kamarlin dan Ahmad bersama Ketua Jentera Pilihanraya
SAPP Dun Lumadan Mohd Isa Hassan (dua dari kiri) yang mengumunkan keluar parti
SAPP menyertai BN meluangkan ‘Tatap BN’ di majlis tersebut
GADONG (Beaufort):
Penyertaan anggota pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN) membuktikan
perjuangan ikhlas BN kepada rakyat.
Calon BN Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keikhlasan perjuangan BN
itu sendiri telah diterima oleh anggota dan juga penyokong pembangkang.
“Perjuangan ikhlas BN kepada rakyat itulah antara sebab mengapa mereka (anggota
dan penyokong) menyertai BN,” katanya kepada pemberita selepas perasmian tapak
tamu Gadong di sini kelmarin.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan
turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, Calon BN
Dun Sindumin Datuk Kamarlin Ombi dan Calon BN Dun Sindumin Ahmad Bujang serta
Pegawai daerah Beaufort Wong Fo Ten.
Sapawi berkata perjuangan BN mengarahkan kepada kepentingan dan keperluan
rakyat dan bukannya untuk kepentingan seseorang.
Malahan, katanya, matlamat perjuangan BN itu tidak pernah dan tidak akan
berubah.
“Kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat tetap menjadi keutamaan
dan tidak akan berubah,” katanya.
Selian merasmikan tapak tamu, Musa turut menerima penyertaan semula anggota
pembangkang daripada Parti Maju Sabah (SAPP) Lumadan.
Lebih 150 anggota SAPP menyertai BN di mana ianya diketuai oleh Mohd Isa Hassan
yang merupakan pengarah jentera pilihan raya DUN Lumadan.
Sapawi berkata perjuangan ikhlas BN kepada rakyat akan terus dilaksanakan
dengan sokongan rakyat sendiri.
“Saya yakin Parlimen Sipitang termasuklah DUN Lumadan dan DUN Sindumin akan
kekal diwakili oleh BN kerana kita yakin dan percaya rakyat bijak dalam membuat
pilihan.
“Rakyat sama ada di DUN Lumadan atau DUN Sindumin malah Parlimen Sipitang
bukannya rakyat yang mudah diperdaya dengan janji-janji kosong dan fitnah yang
ditabur oleh pembangkang tetapi rakyat tahu bahawa hanya BN akan memastikan
kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran terus dinikmati,” katanya lagi.