Friday, April 5, 2013

Takilmat Penceramah Penerangan Dan Kursus Pasukan Penguatkuasa BN Sabah.

 TATAP…Musa bersama  Exco Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, Datuk Yahya Hussin, Datuk Hajiji Noor,  Datuk Sapawi Ahmad dan Datuk Masidi Manjun serta sebahagian peserta melaungkan penuh semangat ‘Tatap BN’ di majlis tersebut.
 TAHNIAH…Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil peserta Timbalan pengerusi jawatankuasa publisiti dan penerangan BN Sabah Datuk Arifin Arif di majlis tersebut.
 MANTAP…Sapawi dan Arifin bersama penceramah Ketua penrangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan dua dari kanan) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail di majlis tersebut.
 DIHARAGI...Musa menyampaikan cenderakenangan kepada Sapawi sempena majlis tersebut.


KOTA KINABALU: `Usah dan elak daripada terlalu yakin sehingga ianya boleh membawa padah.'
Ingatan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad pada taklimat penceramah penerangan dan kursus pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya negeri Sabah di Bangunan UMNO di sini Sabtu lalu.
Sapawi berkata sikap terlalu yakin akan mendorong anggota UMNO bersikap sambil lewa dan tidak kisah dengan tugas yang diberikan.
"Sikap seumpama ini tidak akan memberikan hasil yang baik tetapi hanya akan membawa padah...ia boleh menyebabkan kita gagal mencapai sasaran yang diharapkan," katanya.
Menurutnya anggota parti pada semua peringkat perlu sentiasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional terus meningkat.
Katanya keputusan pilihan raya 2008 harus dijadikan iktibar dalam usaha mendapatkan semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang.
"Kita perlu sentiasa bersedia dan segala kesilapan masa lalu tidak harus berulang...rakyat perlu sentoasa didekati dan kita perlu memastikan mereka tidak terpengaruh dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pembangkang," katanya lagi.
Bagaimanapun Sapawi meningatkan agar anggota UMNO tidak terikut-ikuat dengan cara pembangkang yang menabur fitnah dan juga pembohongan bagi mendapatkan sokongan pembangkang.
"Sebaliknya kita mendekati rakyat dengan memberikan fakta yang tepat...kita harus lebih bijak berbanding pembangkang dan fitnah serta pembohongan bukan amalan UMNO," katanya lagi.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman di hadiri oleh 210 peserta di mana penceramahnya terdiri daripada Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail dan pengamal undang-undang Datuk Hafarizam Harun.  
a


Share |