PRIHATIN…Sapawi dan Kamarlin
menyampaikan sumbangan sempena pelancaran tabung wira Lahad Datu di majlis
tersebut.
SOKONGAN…Sebahagian pemimpin dan
penduduk setempat yang menghadri majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama sebahagian
peserta program Jelajah Anak Malaysia Tranformasi Rakyat di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan kamarlin
menymapikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi dan kamarlin
memerhatikan Mohd Sahar menyampaikan cenderakenangan kepada Mohd Said di majlis
tersebut.
BEAUFORT: Generasi muda perlu
memperlihatkan kebijaksanaan dengan tidak mudah menjadikan diri mereka sebagai
alat untuk dipergunakan oleh pembangkang.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad
berkata sama ada di bandar mahpun di luar bandar, generasi muda perlu
memperlihatkan potensi mereka.
"Potensi yang dimiliki oleh
generasi muda adalah kebijaksanaan dan bukannya pontensi sebagai alat yang boleh
dipergunakan dan diperalatkankan," katanya pada majlis perasmian Jelajah
Anak Malaysia Tranformasi Rakyat dan pelancaran Tabung Wira Lahad Datu di
perkarangan masjid Kampung Padas Damit dekat sini kelmarin.
Sapawi memberitahu Kerajaan Barisan
Nasional (BN) tidak pernah berniat untuk mempergunakan generasi muda dan
sentiasa mahu menggilap potensi yang dimiliki oleh generasi itu.
Katanya pelbagai program dan
kemudahan telah disediakan oleh Kerajaan BN bagi dipergunakan oleh generasi
muda.
Selain itu, katanya, Kerajaan BN
juga telah memperkenalkan pelbagai program bantuan untuk membantu generasi muda
agar potensi yang mereka miliki terus bersinar.
"Kerajaan BN mahu agar potensi
yang dimiliki oleh generasi muda membawa generasi itu kepada kejayaan dan juga
kecemerlangan," katanya.
Menurutnya antara program itu
termasuklah BR1M Bujang RM250 dan juga baucer buku dan banyak lagi program.
"Apa yang dilakukan oleh
Kerajaan BN amat berbeza dengan pembangkang yang melihat dan menganggap
generasi muda sebagai alat untuk dipergunakan," katanya dan menambah
pembangkang juga berusaha menanamkan sikap negatif kepada generasi muda yang
mana boleh mendatangkan kesan negatif kepada masa depan generasi itu sendiri.
Beliau berkata ketika usaha untuk
menanamkan semangat patriotik di kalangan generasi muda, pembangkang pula
tampil untuk membawa generasi muda agar tidak bersemangat seumpama itu.
"Insiden Lahad Datu yang
berlaku di negeri ini turut dijadikan sumber pembangkang untuk meraih sokongan
dan simpati daripada rakyat khususnya generasi muda...pembangkang mendakwa
insiden itu sebagai sandiwara dan dakwaan itu turut memperlihatkan sikap
pembangkang terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa
keselamatan.
"Pihak berkuasa keselamatan
sentiasa berusaha menjaga keamanan dan kemakmuran negara ini dan apa yang
mereka lakukan adalah untuk seluruh rakyat negara ini," katanya lagi.
Hadir sama pada majlis
tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Lumadan
Junli Yusuf, Ketua Cawangan Khas IPD Beaufort ASP Zulkifli Ahmad, Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana Yunus Rajah, Ketua PBS Lumadan Ruslan Muharam,
Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Pengerusi Gabungan
Generasi Muda merangkap Ketua Konvoi Jelajah Anak Malaysia Mohd Sahar Abdullah,
Mohd Said Awang Damit.