MERIAH...Sapawi bersama tetamu jemputan khas ketika menghadiri majlis Ko-Kurikulum Sekolah Agama Negeri (SAN) Pendalaman Bawah.
TAHNIAH...Sapawi menyampaikan hadiah kepada salah pelajar yang mewakili Sipitang muncul johan di majlis tersebut
SUMBANGAN...Sapawi menyampaikan sumbangan di majlis tersebut.
TAHNIAH…Sapawi menyampaikan
hadiah kepada Samilin Takari wakil bahagian Beaufort yang muncul johan
Ko-Kurikulum peringkat pendalaman bawah di majlis tersebut.
SIPITANG: Pendidikan agama memainkan
peranan penting dalam membentuk shahsiah generasi dan mengseimbangkan
pencapaian dalam pendidikan akademik.
Pengerusi
Barisan Nasional Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keseimbangan dalam
pendidikan agama dan akademik bakal memastikan kecemerlangan dan kejayaan
seseorang.
"Kejayaan dalam pendidikan akademik tentunya akan
diserikan lagi dengan kecemerlangan dalam pendidikan agama...ianya berupaya
membentuk shahsiah generasi yang gemilang," katanya pada majlis
ko-kurikulum peringkat pedalaman bawah di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung
Naluyan dekat sini kelmarin.
Menurutnya keseimbangan itu akan membolehkan generasi
membuat penilaian terbaik dan sekaligus da[at mengelak daripada terpengaruh
dengan gejala negatif.
Beliau berkata pendidikan agama turut penting dalam
memastikan pembangunan dan kemajuan generasi muda yang merupakan aset kepada
negara.
Katanya, ibu bapa perlu mengikis sikap tidak kisah
terhadap pendidikan agama sehingga menumpukan hanya kepada pendidikan akademik.
Menurutnya peluang kerjaya bagi mereka yang berpendidikan
agama ketika ini juga telah meningkat di samping institusi pengajian tinggi
turut menawarkan pelbagai bidang yang berkaitan dengan pendidikan agama.
Sapawi berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan
pembangunan dan kemajuan pendidikan agama dapat dipertingkatkan serta maju
meningkut peredaran zaman.
Usaha itu, katanya termasuklah keperluan dan kebajikan
guru-guru agama dan tidak hanya tertumpu kepada kemudahan prasarana pendidikan
agama.
"Kita sedar dengan masalah itu dan Kerajaan Barisan
Nasional sentiasa berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut,"
katanya lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai
Tadbir Agama Pendalaman Bawah Abidin Ali Hassan, Penolong Pegawai Tadbir Agama
Sipitang Mohd Hafidz Ahmad, Penyelia Pendidikan Jheains Pendalaman Bawah Sifri
Abdul Razak dan Yang Dipertua PIBG SAN Naluyan Wira Idris.
a